Semasa

Berang masj!d tutup selepas isyak,lelaki tumbuk cermin masj!d dua kali sehingga m4ut

Johor Bahru: Seorang lelaki ditemukan m4ut dengan kesan keced3raan pada pergelangan tangan serta kaki kanan, di rumah sewanya di Taman Scientex dekat sini pagi Ahad lalu.

Ketua P0lis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, si4satan awal mendapati pada malam sebelumnya lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan meng4muk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan dengan rumahnya apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

Dia bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran d4rah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan d4rah.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Beliau berkata, berdasarkan si4satan awal, kakak lelaki itu memberitahu bahawa adiknya yang juga jurutera kimia sebuah syarikat, dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu, sejak kira-kira enam bulan.

Katanya, p0lis menerima makluman mengenai lelaki itu pada kira-kira 7.35 pagi Ahad, dan m4yat dirujuk ke H0spital Sultan Ismail di sini untuk proses bed4h si4sat.

“Hasil bed4h si4sat mendapati sebab kemat!an adalah luka p4rah di pergelangan tangan kanan saluran d4rah alteri, dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca. K3s diklasifikasi sebagai k3s mat! mengejut,” katanya.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *