Info

Oh… Ini rupa-rupanya maksud logo ni. Biasa nampak kat kereta-kereta JDM. Peminat JDM yang tampal kat kereta tu tahu tak?

ANDA tentu biasa ternampak pelekat kereta seperti inikan? Pelekat ini biasanya boleh dilihat pada model pasaran domestik Jepun (JDM) sama ada kereta keicar versi kena sumpah (daripada model Perodua) atau rekon. Malah, kereta bukan Jepun pun ada yang tumpan sekaki.

Namun, ramai tidak tahu maksud tersirat di sebalik simbol JDM itu. Rata-ratanya menganggap itu sekadar simbol kepada kereta JDM. Artikel ini akan menjelaskan maksud di sebalik simbol tersebut.

 

1. WAKABA/SHOSHINSHA

Apabila lihat simbol hijau dan kuning ini, mesti ramai ingat itu pelekat khas dari Kedah. Ada menganggap logo itu bermaksud keicar, iaitu model kereta kompak dari Jepun, atau simbol kepada JDM.

Sebenarnya, pelekat ini digelar ‘wakaba’ atau ‘shoshinsha’ yang bermakna ‘baru belajar’, sama seperti pelekat ‘P’ di Malaysia. Pelekat ini perlu dilekatkan di depan dan belakang kenderaan, sama ada motosikal, kereta atau lori, untuk menunjukkan diri mereka pemandu baharu yang baru dapat lesen memandu kurang setahun.

2. TULISAN ‘PEMANDU SEDANG BELAJAR’

Jika ‘wakaba’ atau ‘shoshinsha’ sama seperti lesen ‘P’, simbol ini pula membawa maksud sama seperti lesen L di Malaysia, iaitu pemandu masih belajar memandu/menunggang.

Kerajaan Jepun sengaja menggunakan pendekatan berbeza berbanding negara lain untuk memudahkan pengguna jalan raya lain mengenal pasti pemandu yang sedang belajar dan belum ada lesen. Jadi, kereta yang dipandu pelajar tersebut wajib ditampalkan pelekat panjang lebar itu.

Pelekat ini mengandungi amaran spesifik dalam bentuk teks, iaitu ‘Kyuu bureeki chuikanmenkyourenshuuchuu’ atau terjemahannya, ‘Hati-hati, kereta boleh berhenti mengejutlesen sementarasedang belajar’.

3. KOREISHA

Sebagai pengguna jalan raya, sudah pasti banyak kerenah yang perlu kita lalui sepanjang b. Antara perkara paling menyakitkan hati ialah kereta depan memandu terlalu perlahan. Memang geram sampai jenuh hon ditekabn bertalu-talu, tetapi selepas dipotong, rupa-rupanya si pemandu itu warga emas sebaya yang mungkin sebaya bapa dan datuk kita.

Di Jepun, logo koreisha digunakan untuk membantu kita mengenal pasti pemandu berstatus senior supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu beremosi ketika memandu.

Semua pemandu di Jepun yang berusia 75 tahun ke atas wajib menampal tanda ini pada kenderaan mereka. Sebagai makluman, simbol koreisha asalnya ialah simbol air mata berwarna jingga dan kuning, tetapi ditukarkan kepada simbol daun yang mewakili empat musim kerana simbol asal dikatakan kurang sensitif pada golongan berkenaan.

 

4. SHINTA SHOUGAI

Berbeza negara lain yang menggunakan simbol orang duduk atas kerusi roda, sebaliknya Jepun menggunakan simbol bunga denan kelompak bentuk cinta untuk memaklumkan yang si pemandu daripada golongan orang kurang upaya (0KU) fizikal.

Ada mendakwa Jepun sengaja memilih simbol ini untuk menjaga perasaan golongan 0KU. Lagipun bukan semua 0KU perlu berkerusi roda, dan tidak semestinya akses dan privilej 0KU cuma dikhaskan kepada 0KU berkerusi roda sahaja.

Jadi untuk membawa simbol lebih universal, kerajaan Jepun menggunakan tanda ‘Shinta Shougai’.

5. CHOUKAKU SHOUGAI

Jepun juga mencipta sendiri pelekat khas untuk membantu pengguna jalan raya mengenal pasti pemandu 0KU yang bermasalah pendengaran. Pelekat ini dinamakan ‘choukaku shougai’. Simbol seakan rama-rama itu dipilih bagi menggantikan logo telinga yang biasanya digunakan negara lain.

Simbol ini juga membantu orang ramai mengenal pasti pemandu yang tidak mampu mendengar bunyi siren, hon kenderaan dan lintasan kereta api.

Pemandu di Jepun juga dilarang memotong agresif mana-mana kenderaan yang memiliki pelekat ‘choukaku shougai’ supaya si pemandunya tidak terkejvt hingga membahayakan pengguna lain.

 

SUMBER : PlazaHomes / Illuminasi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *