Semasa

Empat Beranak Terkorban Dalam Kebakaran

Penampang : Empat sekeluarga rentvng selepas dipercayai terperangkap di dalam rumah yang terbakar, dalam ke.jadian di Taman Hungab, Jalan Nosob, di sini, awal pagi hari ini

Mangsa yang terk0rban, suami isteri iaitu Matthew Wong, 50, dan Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka, Brandon, 18 dan Eric, 15 tahun.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, rumah berkeluasan 55 meter persegi itu musnah terbakar 100 peratus, manakala Proton Saga dan Perodua Alza turut musnah 30 peratus terkena bahang kebakaran.

Ketua Zon I Kota Kinabalu, Jabatan B0mba dan PenyeIamat MaIaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.52 pagi.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi ke.jadian bersama dua jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Sebaik tiba di lokasi kejadlan, api masih marak di dalam rumah berkenaan dan operasi pemadaman segera dijaIankan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, api hanya berjaya dikawal pada jam 3.40 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, pasukan bomba menemui empat mangsa rentung di dalam rumah berkenaan.

“Tiga mangsa lelaki terperangkap di dalam bilik di tingkat atas, manakala seorang lagi iaitu mangsa wanita ditemukan di dalam bilik air,” katanya.

Hamsa berkata, semua mangsa sudah dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, setakat ini, punca kejadiian dan jumlah kerugian masih dalam slasatan.

[UPDATE] Empat terkorban kebakaran dipercayai gagal buka mangga jeriji

Penampang : Empat sekeluarga yang terk0rban dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Hungap, di sini, awal pagi tadi dipercayai gagal membuka mangga kunci di jeriji kecemasan pada tingkap, untuk menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan PenyeIamat MaIaysia (JBPM) Sabah, Md Ali Ismail berkata, tiga mayat mangsa ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran tingkap itu, dan seorang lagi mangsa ditemukan dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula dari tingkat bawah rumah, bagaimanapun siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pvnca kebakaran.

“Keempat-empat mangsa berkenaan dipercayai sedar kebakaran itu, namun gagal menyeIamatkan diri kerana tidak dapat membuka mangga yang dipasang pada jeriji berkenaan.

“Apabila dalam keadaan panik, besar kemungkinan mangsa akan lupa di mana meletakkan kunci untuk membuka jeriji kecemasan tingkap berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Matthew Wong, 50; dan dua anaknya, Brendan Wong, 18, serta Eric Wong, 15, ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran jeriji tingkap kecemasan, manakala isterinya, Jecky Vun Kon Fung, 48, di dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.

Dalam kejadian itu, JBPM Sabah menerima panggilan pada 2.52 pagi, sebelum berjaya mengawal kebakaran pada 3.40 pagi dan operasi di lokasi kejadian ditamatkan pada 6.10 pagi.

Md Ali berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasang jeriji kecemasan tingkap rumah yang berkunci, agar mudah untuk menyeIamatkan diri sekiranya berlaku kebak4ran.

“Kebanyakan kes kebak4ran yang membabitkan kematlan menunjukkan mangsa cuba keluar melalui jeriji kecemasan tingkap rumah berkenaan, namun gagal berbuat demikian kerana gagal membuka mangga yang berkunci,” katanya.

Antara Komen-komen Netizen :

Sumber : hm

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB pageĀ Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *