Keluarga Semasa

(Video)Adik Khayla Disahkan Sakit Sejak Lahir.Mmerlukan Bntuan Kos Pmbedahan Beserta Doa Kita

Penang : Seorang kanak2 perempuan berusia 5 tahun memerlukan dana RM65,000 bagi menampung kos pmbedahannya yg menghidapi penyakit Osteogenesis Imperfecta(tulang rapuh). Tidak boleh berjalan/berdiri.

Khayla Adha Mirza telah disahkan sakit sejak lahir. Semasa umurnya genap sebulan, Khayla memulakan rawatan pamidoronate setiap 2 bulan selama 2 tahun dan selepas setahun setengah, Khayla beralih kepada rawatan zometa 2 kali setahun.

Khayla kerap mengalami patah tulang tangan, pinggul, betis dan paha akibat tulang yg terlalu rapuh. Seumur hidup Khayla selama dia berumur 4 tahun lebih ini, tulang Khayla telah patah berpuluh kali dan telah dimasukkan simen fiber untuk rawatan patah tulangnya.

Gambar terbaru Khayla. Ibunya mengatakan bahawa sekiranya Khayla nak duduk kena diangkat dan letak lapik bantal dibahagian belakang Khayla.

Ibunya, Khairol Niza bt Zaffarullah khan,41 dari Penang berkata, Kalau angkat atau dukung Khayla ibarat bawak bom jangka kita xtau bila2 masa dia boleh patah.

Khayla mengalami kesusahan untuk duduk dengan sendiri dan tidak boleh berdiri. Rawatan dan pembedahan memasukkan besi ke dalam tulangnya memungkinkan dia dapat berdiri adalah 50/50. Khayla pernah menjalani pembedahan memasukkan besi tetapi pembedahan tersebut gagal dan perlukan pembedahan semula.

Kerusi roda istimewa mengikut spesifikasi badan Khayla tetap diperlukan. Keperluan pampers, susu seperti pediasure kalsium tinggi serta ubat-ubatan diperlukan setiap bulan. Dan kos ulang alik ke hospital jugal diperlukan kerana Khayla perlu ke hospital 4 kali sebulan.

Surirumah itu berkata dia tidak boleh bekerja disebabkan Khayla tidak boleh dijaga orang lain.

Katanya, suami Imran bin mohd Yusoff kini hanya berniaga donut ditepi jalan. Dulu suaminya kerja tp awal tahun ini diberhentikan sbb syarikat dh tak boleh survive.

Khayla Bomboloni. Jalan Tenggiri Seberang Jaya Penang
Khayla Bomboloni. Jalan Tenggiri Seberang Jaya Penang
Khayla Bomboloni. Simpang Empat Balik Pulau Pinang
Khayla Bomboloni. Simpang Empat Balik Pulau Pinang

“Kos Operation kedua ini memerlukan RM65,000. Sekarang baru ada tak smpai RM10,000”

“Tarikh pmbedahan dijangka tahun ini, sekiranya dana dah cukup boleh terus lakukan utk pmbedahan tersebut.”

(6/9/21) Ikhtiar Ubat Tradisional. Pertama Kali Khayla Cuba Perubatan Tradisional Ini
(6/9/21) Ikhtiar Ubat Tradisional. Pertama Kali Khayla Cuba Perubatan Tradisional Ini

Mereka telah mendirikan rumahtangga selama 22 tahun dan memiliki 3 cahaya mata Nur Imizaaiza,18 , Iqmal Hafizy,17 dan Khayla Adha Mirza,5.

“Bagaimanapun saya dan suami amat berharap orang ramai sudi menghulurkan bantuan kepada anak kami supaya dia dapat menjalani pembedahan segera.

“Kami amat berharap dia dapat pulih dan sihat kembali,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 157139798004 dan Cimb 7632190696 atas nama Khairol Niza dengan menyatakan rujukan nama Khayla.

VIDEO

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Artikel ini disediakan oleh admin sendiri Kisah Panass. Tidak dibenarkan tiru mana2 isi kandungan dalam artikel ni. Sekiranya ingin tiru diwajibkan letak sumber asal yg benar & tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *