Semasa

Anak 9org. Mkcik Call Sorang Pn Taknak Jawab. Akhirnya Mkcik Pergi Sendiri

Sejak kecil kita dijaga dengan penuh kasih dan sayang oleh ibu bapa, malah mereka akan pastikan tidak ada secalit kesan calar pun pada badan kita. Namun bila kita dah besar, mereka pula menginjak usia tua, adakah kita curahkan bakti yang sama? Sanggupkah kita menjaga makan dan pakai mereka sebaiknya?

Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan dan tidak benar anak perempuan terlepas dari menjaga ibu bapa yg sakit. Disebabkan anak lelaki sahaja yg disebut ‘wajib’ menjaga ibu ayah yg sakit, maka tugasan itu seterusnya diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya. Ini sama sekali tidak benar.

Seandainya yg sakit itu ialah ibu bapa kandung isteri, maka isteri berhajat menjaganya, suami tidak boleh menghalang, bahkan suami tersebut perlu sama membantu dan menyediakan kemudahan untuk sama2 menjaga. Hal ini kerana apabila seorang perempuan berkahwin , dirinya dan segala yg dibawanya adalah di bawah tanggungjawab suaminya termasuk nafkah ibu bapa isteri( jika mereka org susah/ perubatan) perlu ditanggung menantu lelaki tadi menurut kemampuannya.

Justeru tidaklah perlu dikhuatiri ibu bapa yg ada anak2 perempuan sahaja, maka anak2 perempuan tadi akan ikut suami lalu ibu bapa yg tua ini akan terabai. Kerana menantu lelaki tadi wajib bertanggungjawab penuh atas kedua ibu bapa isterinya. Di sinilah pembelaan Allah terhadap semua ibu bapa dan tidak terkecuali samada ia ibu bapa kandung atau pun ibu bapa mertua.

Mungkin kisah yang dikongsikan Salehuddin Morktaruddin di Facebook ni akan membuka mata kita semua, sama ada layak atau tidak kita digelar sebagai anak.

Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke,dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab

Ini kisah Makcik Zahrah. Aku terkilan dan sedih tengok makcik Zahrah ni datang Hospital Kuala Lumpur seorang diri. Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke, dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab. Aku cuba call anak dia sorang ini jawab dan aku harap anak dia akan datang segera untuk bantu Mak dia.

Bila aku tengok makcik ini, aku terbayangkan if itu adalah Mak aku

Ya Allah ku pohon doa darimu supaya permudahkan segala urusan makcik Zahrah ini & ada orang datang teman makcik Zahrah ni.Amin. Betul lah orang kata ibu bapa boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu belum tentu boleh jaga ibu dan bapa

Sumber : majalahutusan

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *