Info

(video)Senyuman dalam duka.Adik sumayyah terkenang ibu yg pergi kerana c0v!d

Sukar untuk digambarkan rasa pilu yang menyelubungi bila kehilangan ibu tercinta. Tiada lagi pelukan dan kelembutan kasih ibu yang menjadi pelengkap hidup selama ini.

‘Ditinggalkan’ di usia yang sangat muda, bayangkan jika ia dilalui oleh anak kecil yang baru saja mula bertatih untuk mengenal dunia, pasti sangat perit untuk dihadapi.

Situasi tersebut dilalui oleh Sumayyah ini yang telah kehilangan ibu tercinta disebabkan C0V!D19 pada Selasa lalu.

Videonya yang dikongsikan oleh ibu saudara, Nurafyfah Yacob di Facebook boleh meruntun hati sesiapa saja yang melihatnya.

Manakan tidak, tatapan si comel itu bagaikan ‘memberitahu’ sesuatu mengenai ketiadaan ibu di sisi. Namun, di usia satu tahun setengah, dia  tidak mampu mengungkapkannya dengan kata-kata.

Menurut Nurafyfah, ibu Sumayyah, Norfazzlyana Nezal bertarvng nyawa selama 19 hari disebabkan oleh C0V!D19. Ketika itu, AIIahyarhamah juga terpaksa melahirkan anak ketiga secara pemb3dahan.

Pemergiannya itu juga menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu.

Kini, tinggallah Sumayyah bersama bapa dan adik beradiknya menjalani hidup tanpa kasih seorang ibu.

Mari ikuti luahan Nurafyfah mengenai nasib yang dialami anak saudaranya menerusi perkongsiannya di bawah ini.

Video ni sebenarnya spontan je lepas balik cucuk setahun 3 bulan seketul sumayyah semalam. Tapi bila tengok balik mata sumayyah macam ade sesuatu nak cakap kan. Ye mami tau sumayyah rindu mama. Mama mane?? kenapa mama yang tak bawak sumayyah pergi checkup? AIIah andaila dia boleh berkata-kata.

Aku kalau bab anak ni lemah terus even ko garang macam singa ke tapi mak kan. Serapat apepun anak dengan ayah ibu jugak diorang cari. Nak pulak sumayyah ni sebaya kembar lagi luluh hati ni sebab dia kecik lagi tak paham ape erti kehilangan kem4t!an insan tersayang.

Aku post video ni bukan mintak simpati atau buat arwah sedih tapi minta semua doakan ank-anak arwah kuat dan menjadi ank-anak yang soleh dan solehah. Mereka lah kekuatan untuk abang aku sekarang.

Mama sekarang dah jadi bidadari syurga dah.

AIIah tu sayang.

Video :

 

Sehingga kini, video itu mendapat sebanyak 16,000 perkongsian dengan rata-rata warganet turut merasa sayu dan sebak melihat Sumayyah.

Semoga Sumayyah dan adik beradiknya cekal menjalani kehidupan bersama bapa serta menjadi anak yang solehah.

Sumber : sk

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *