Hiburan

(Video)”lembu terbang” Nampak macam mustahil kan… Tapi benar-bemar terjadi ni.

Istilah lembu atau gajah pun boleh terbang seringkali digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang mustahil. Namun di Switzerland, ia bukan lagi misi yang mustahil selepas kira-kira 10 ekor lembu diangkat menggunakan helikopter untuk dipindahkan ke lokasi baru, lapor Sky News.

Menurut portal tersebut, haiwan-haiwan itu dihantar ke padang rumput di Klausenpass menggunakan helikopter manakala lembu yang lebih sihat dan kuat dipindahkan dengan berjalan kaki.

Menggunakan peralatan keselamatan, lembu-lembu berkenaan dlikat dengan kabel di bawah helikopter sebelum diterbangkan merentasi kawasan pergunungan itu.

Haiwan itu kemudiannya ‘disambut’ para petani yang menggunakan tali bantuan untuk membantunya mendarat dengan selamat sebelum dipindahkan ke dalam treler.

Malah, dalam rakaman dikongsikan portal Sky News, kelihatan seekor lembu sempat membuang air besar ketika sedang terbang merentasi pergunungan berkenaan.

Gambar: Sky News

“Salah satu sebab menggunakan helikopter ialah anda tak dapat sampai ke sesetengah padang rumput dengan kereta, dan sebab lain ialah ada antara lembu tersebut yang tercedera, jadi mereka tak perlu berjalan,” kata salah seorang petani, Jonas Arnold.

“Saya tak tanya lembu tersebut apa ia rasa lepas terbang sebab ia tak boleh jawab, tapi ia hanya jarak dekat dan ia perlu diteruskan.

“Ia hanya penerbangan yang pendek dan tenang. Saya tak perasan sebarang perbezaan antara lembu yang diterbangkan dan berjalan normal,” katanya lagi seperti dipetik Sky News.

Para petani menyambut lembu mendarat. (Gambar: Sky News)

Tambah portal itu, kesemua kumpulan itu merangkumi sekitar 1,000 ekor lembu dan hanya satu peratus yang dibantu untuk turun ke padang tersebut.

Kumpulan itu dipercayai menuju ke Urnerboden di Switzerland dan bersedia untuk acara perarakan lembu secara tahunan di sana, lapor Sky News.

Video :

Sumber : Sky News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *