Info

(Video) Tiada yg mustahiI. Dimana ada kmahuan disitu ada nekad.

Setelah tamat sahaja zaman persekolahan, pasti setiap orang mempunyai haluan hidup masing-masing. Ada yang berazam untuk sambung belajar sampai ke peringkat tertinggi di universiti. Ada juga yang nekad membina kerjaya dari bawah hingga berjaya mengumpul aset di usia muda persis gadis muda ini.

Menerusi video di TikTok, seorang gadis bernama Ekza telah berkongsi di mana dia sudah berjaya memiliki sebuah rumah pada usia 22 tahun. Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik adalah dia turut membeli rumah bersama-sama teman baiknya.

Berikutan videonya yang tular, Ekza sempat memberi tips bagaimana caranya mampu membeli rumah pada usia yang sangat muda beserta beberapa prosedur. Antara tips utama adalah mereka perlu mempunyai pekerjaan yang tetap. Bukan itu sahaja, gadis ini turut berpesan supaya memberi duit kepada mak ayah kerana dari situ datangnya keberkatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netlzen memberi kata-kata yang positif kepada gadis ini kerana berjaya membeli rumah pada usia muda. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka masih lagi tidak memiliki apa-apa walaupun umur sudah meningkat dewasa.

[VIDEO] Tak Sambung Degree, Gadis Mampu Beli Rumah Di Usia 22 Tahun Dengan BFF

Sumber : TikTok ekzafironika / viralnewupdate

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *