Hiburan

Gembiranya dia dapat kek tu.Tapi dah kenapa van jnazah? Bukan kata kita terkejvt,pembuat kek ni pun terkejvt

KEJVTAN demi kejvtan dirancang untuk menyambut hari ulang tahun seseorang.

Percaya atau tidak, seorang kanak-kanak lelaki dihadiahkan sebiji kek hari jadi yang dihiasi dengan replika van jen4zah.

Namun itulah realiti yang berlaku pada majlis meraikan ulang tahun kelahirannya, menerusi perkongsian video bapa saudaranya di aplikasi TikTok.

 

Norrahmat Shah Adnan mengakui kek hari jadi tersebut ditempah khusus untuk anak saudaranya sempena hari ulang tahunnya ke-11 pada 20 Ogos lalu.

Pemuda berusia 27 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa ia bukanlah satu kejutan.

“Memang saya hadiahkan kek birthday untuk anak buah. Tapi bukan saya yang mahu replika van jen4zah dijadikan sebagai hiasan kek.

“Saya hanya mengikut arahan daripada kakak yang memberikan replika van tersebut untuk diletakkan pada kek. Saya minta kawan hiaskannya dengan pokok-pokok dan rumput.

“Masa kakak bagi van jen4zah tu, saya tergamam sebab pelik. Bukan saja saya, kawan saya yang buatkan kek pun terkejvt dengan idea tersebut,” katanya kepada mStar.

kek van jenazah 3

Replika van jen4zah.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Norliyana Adnan berkata, anak lelakinya, Muhammad Farish Riezky Mohd Rashide yang mahukan hadiah replika van jen4zah sempena hari jadinya.

“Saya dan suami ada tanya Farish (panggilan anak), dia nak hadiah apa untuk birthday tahun ini. Farish beritahu dia nak mainan van jen4zah.

“Masa tu saya dan suami terkejut dengan permintaan dia. Suami minta cadang hadiah lain, tapi dia tetap berkeras nak hadiah mainan van jen4zah.

“Anak saya suka permainan kereta. Birthday dia tahun lepas pun kami hadiah replika kereta Vellfire. Tapi tak sangka pula dia nak mainan van jen4zah,” ujar wanita berusia 31 tahun itu.

kek van jenazah 2

Farish (hadapan, kanan) bersama keluarga menyambut hari ulang tahunnya ke-11.

Lebih mesra disapa Yana, katanya, anak sulung daripada empat beradik itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran, dan permintaan replika van jen4zah itu mempunyai kaitan dengan pemergian datuk, nenek dan ibu saudaranya.

“Bapa mentua dan ibu saya men!nggal dunia kerana s4kit tua, pada 2020 dan 2017 serta kakak ipar men!nggal dunia akibat C0vid19 pada Julai lalu.
Bila kami tanya kenapa nak hadiah ‘van jen4zah’? Dia kata (jen4zah) Atuk Mat (datuk) naik van itu, nenek dan Angah pun ikut naik van.

NORLIYANA ADNAN
“Bila kami tanya kenapa nak hadiah ‘van jen4zah’? Dia kata (jen4zah) Atuk Mat (datuk) naik van itu, nenek dan Angah pun ikut naik van.

“Anak saya Farish rapat dengan Angah iaitu makcik dia, sejak kecil. Angah men!nggal dunia sebab C0vid19, kami tak boleh pergi tengok pengebum!annya, jadi dia selalu tengok video pengebumian jen4zah arwah,” katanya sambil menambah replika van jen4zah dibeli secara dalam talian.

kek van jenazah 4

Farish bermain replika kereta Vellfire dan van jenazah serta model kenderaan lain.

Yana berkata, anak istimewanya yang ceria dan suka bertanya itu amat teruja sebaik melihat kek yang dihiasi van jen4zah pada majlis hari ulang tahunnya.

“Anak saya excited dapat kek tu, terlompat-lompat dapat van jen4zah. Lepas potong kek, dia minta saya simpankan replika van jen4zah di almari.

“Dia memang jadikan koleksi permainan keretanya sebagai hiasan, dia suka tengok sama seperti seperti replika Vellfire tu. Tak dapat pegang tak apa, janji dapat tengok.

“Bila nak main, baru dia keluarkan. Walaupun pelik hadiah yang diminta, tapi tidaklah yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya dia ingat arwah Atuk Mat, nenek dan Angah,” katanya.

Sumber : mstr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *