Hiburan Info

Kucing kesayangan takbalik beberapa hari,biasa balik2 bunting tapi yang ini sekali balik bawak…

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling popular di dunia ini kerana gelagatnya comel dan menghiburkan, selain mudah jinak.

Pemilik kucing mesti berasa sedih jika kucing kesayangan mereka hilang tanpa khabar berita. Oleh itu jika mereka dapat menemui kucing mereka semula, makan tuannya pasti akan sangat bersyukur. Namun, kisah seekor kucing di negara Thailand ini pula agak berlainan sedikit.

Kisahnya seekor kucing berwarna kelabu hitam telah hilang selama 3 hari namun kemudiannya berjaya ditemui semula apabila dia kembali ke rumah pemiliknya.

Pemiliknya yang berasa gembira dengan kepulangan kucingnya itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati ada sesuatu nota bertulis yang dibawa oleh kucingnya itu.

Ketika dia mengambil nota tersebut, barulah dia tahu apa yang berlaku kepada kucingnya selama 3 hari kehilangannya.

Tulisan yang tertulis di nota kadbod itu berbunyi “Kucing anda terus memerhatikan ikan tenggiri di gerai saya, jadi saya memberinya tiga ekor. Aunty May di lorong no.2″

Rupa-rupanya kucingnya hilang selama 3 hari kerana bersama dengan aunty penjual ikan tenggiri dan dibelanja 3 ekor ikan oleh aunty itu. Alahai, tuan kau punya la bimbang kau pergi mana, rupanya tengah berpesta ikan tenggiri, haha.

Kisah kucing ini menjadi tular selepas pemiliknya memuat status di akaun facebook dan rata-rata netizen terhibur dan mereka juga berterima kasih kepada aunty penjual ikan itu kerana menjaga kucing tersebut sepanjang ‘kehilangannya’.

Sumber : nangtime

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *