Hiburan

Jnji Smbut Brsama. Anak Terharu 1 Pusat Kuarantln Raikan Birthdy Ayah

Sambutan hari jadi semestinya jadi saat yang bahagia untuk setiap individu, lebih-lebih lagi jika dapat disambut bersama ahli keluarga sendiri dalam musim pandemik ini.

Macam kisah yang jadi baru-baru ni, seorang anak ini tetap berusaha nak menyambut hari jadi ayahnya walaupun mereka tak dapat nak raikannya bersama.

Ayah dapat surpise di pusat kuarantin

Beberapa hari lalu, tindakan seorang anak tetap berusaha nak beri kejutan untuk ayahnya yang sedang kuarantin jadi perhatian warganet.

Menerusi perkongsian oleh @nizam_rahman di TikTok, dia menunjukkan suasana di mana para petugas dan patient di pusat kuarantin MITC Melaka menyambut hari jadi ayahnya bersama.

Dalam video berkenaan, dilihat ayahnya bernama Abdul Rahman dipanggil oleh petugas untuk datang ke depan. Lalu terlihat ada sebiji kek di atas meja yang dikirim oleh anaknya Nizam sempena hari jadi ayahnya tersebut.

Tapi apa yang seronok dilihat, pesakit-pesakit lain sanggup bangun dari katil mereka dan berdiri menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk ayahnya itu.

Ayah janji nak sambut birthday bersama

Sebenarnya ada sebab, kenapa Nizam tetap nak bagi kejutan sebegini untuk hari jadi ayahnya tersebut.

Menurut Nizam, Ayahnya ada berjanji yang mereka akan sambut hari jadinya bersama. Namun apakan daya, ayahnya terpaksa dikuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

“Aku sorang ja ka yang nangeh?”

Menjengah di ruangan komen, nyata perkongsian tu ‘jentik’ hati netizen yang melihat. Rata-rata netizen merasa sebak melihat momen bahagia tersebut, yang mana orang lain tetap gembira sambut hari jadi ayahnya itu.

Selain itu juga, ramai yang turut menitipkan ucapan hari jadi untuk pakcik tersebut di samping mendoakan dia supaya cepat sembuh.

VIDEO

Seronoknya tengok pakcik tu dikelilingi orang yang baik dan supportive sepanjang berada dekat pusat kuarantin tersebut. Jaga diri semua, SOP jangan abai okay.

Sumber : lobak merah

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *