Resepi Tips

Taknak Makan Nasi. 4 Resepi Kreatlf Nasi lbu Ni Memang Awesome

Semakin anak membesar, tidak dinafikan semakin banyak karenahnya untuk menerima satu-satu jenis makanan. Ada anak-anak yang sudah mula memilih makanan dan menolak makan nasi.

Jangan kalah dengan anak sebaliknya cuba idea kreatif daripada nasi yang diolah semula. Resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ain ini boleh mama cuba. Awesome!

AssalamuaIaikum, saya share beberapa resepi boleh buat untuk anak yang susah makan nasi. Resepi ada di setiap gambar.

Egg Rice Muffin

Bahan-bahan:
1 cawan nasi
Bawang merah, bawang putih
Lobak merah dan bayam
Ayam cincang
Cream cheese
Telur
Daun pasli

Tumis bawang dan masukkan ayam. Masukkan sayur, serbuk ayam dan cheese. Masukkan nasi dan gaul rata. Boleh tambah air kalau nak nasi basah-basah sikit. Masukkan dalam cup dan letak 1-2 sudu telur setiap cup, taburkan daun pasli. Bakar 15 minit dengan suhu 180 C. Siap!

Apam Nasi Baby Version

Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 1/4 cawan air suam
3 sudu puri kurma
1/2 cawan puri buah naga
1 cawan tepung unbleached
1 cawan tepung beras
1 sb yis

Blend nasi, air suam dan puri kurma hingga sebati. Campurkan pula semua bahan kering. Masukkan puri buah (warna akan bertukar agak pink). Masukkan dalam bekas, letak puri buah naga atas apam. Lorekkan. Kukus 15 minit.

Pasta Baked Cheese

Bahan-bahan:
Pasta prego -direbus
Bawang merah, bawang putih
Lobak merah, brokoli
Ayam cincang
Sedikit pes tomato
60ml susu full cream
1 sk serbuk ayam homemade

Tumis bawang dan masukkan ayam dan pes tomato. Masukkan sayur dan serbuk cheese. Masukkan susu segar dan cream cheese. Kacau sebati. Kemudian masukkan pasta dan kacau sebati. Masukkan dalam beka dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180 C. Siap!

Bread Pocket Carbonara

Bahan-bahan:
Roti putih
Ayam cincang
Kentang -kukus
Lobak merah, brokoli -kukus
60ml susu full cream
1 sb cream cheese
Bawang putih, bawang merah
Serbuk cheese

Kukuskan kentang dan sayur hingga masak. Tumis bawang dan kemudian masukkan ayam. Masukkan susu dan krim cheese. Masukkan sayur dan serbuk cheese. Siap!

Buang tepi roti, gelek roti wholemeal sampai nipis dan potong dua. Letak inti di hujung dan lipatkan. Kelim guna garpu. Celup dalam telur dan tabur daun pasli. Goreng sekejap atau boleh letak dalam air fryer selama 15 minit, 160 c.

Selamat mencuba!

Sumber : pama

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published.