Hiburan

(Video)Benda apa yang dok usha tu..

Anak kecil penuh dengan rasa ingin tahu. Bagi ibu bapa yang ada anak di rumah, mungkin sudah terbiasa apabila gambar-gambar selfie si kecil memenuhi galeri telefon pintar dek kerana rasa ingin tahu mereka.

Malah, ada juga yang gemar merakam wajah sendiri sambil bercakap dengan bahasa sendiri, seakan sedang menjadi Youtuber. Lucu, kan?

Tapi lain ceritanya bagi seorang wanita apabila telatah comel anaknya merakam video sendiri sambil berbual dengan kamera menjadi seram apabila si ibu ternampak kelibat misteri muncul pada pantulan cermin yang dirakam kamera.

Kongsi Indozone, wanita itu mendakwa dirinya telah ke tandas manakala kanak-kanak berkenaan sedang bermain telefon. Anak kecil itu dilihat bercakap sendirian, namun tidak dapat ditafsirkan apa yang sedang dituturkannya.

 

Sebaik sahaja si ibu melihat video berkenaan, dia mendapati terdapat penampakan di dalam cermin di belakang kanak-kanak itu yang kemudiannya menghilang.

Rakaman tersebut telah mendapat jutaan tontonan dengan lebih 268 ribu tanda suka di laman Tiktok.

 

Rata-rata turut berasa seram menonton video berkenaan. Ada yang mendakwa terlihat wanita berambut pendek dan ada juga yang mendakwa kelibat itu seakan mempunyai wajah yang rata.

Sumber : Indozone /@medinaninayara / Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *