Info

Ha habislah…Lan petpet akan ambil t!ndakan

Kuala Lumpur: Pelawak Lan Pet Pet bakal mendapatkan nasihat peguam peribadinya susulan dirinya dikaitkan sebagai pelawak yang tular menerusi sebuah rakaman video menunjukkan dia sedang berurusan dengan seseorang dalam keadaan mencurigakan.

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 52, berkata, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya dan memandang serius perkara itu kerana mendatangkan fitnah serta mengaibkan namanya.

“Memandangkan hantaran (video itu) yang berunsur fitnah dan sudah mengaibkan nama saya, jadi saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk tindakan selanjutnya,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di Instagram, kelmarin.

Menurut anggota kumpulan pelawak Senario itu, dia juga bakal memberikan keterangan mengenai penularan video itu bersama pihak media tidak lama lagi.

“Saya akan jemput rakan media untuk memberi penjelasan lanjut mengenai video yang tular itu,” katanya.

Terdahulu, tular di laman Twitter sebuah video yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan.

Menerusi rakaman video itu, individu terbabit yang didakwa seorang pelawak daripada sebuah kumpulan terkenal itu juga dilihat mengamuk apabila menyedari perbuatannya itu sedang dirakam.

Dia dilihat keluar dari kenderaan yang dipandunya dan terus meluru ke arah perakam dan seperti berlaku pertelingkahan.

Menerusi ciapan dalam Twitter yang sudah dipadam, rata-rata netizen mula berteka-teki dan memetik nama Lan Pet Pet sebagai pelawak yang dimaksudkan.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *