Semasa

(Video) Seb4knya. Smoga Shuib Tabah & Ku4t dlm Menjaga Anak2nya

Suami Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan arwah isterinya yang baru sahaja selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak, Selangor.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dengan suara sedikit sebak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan meluangkan masa mendoakan, membaca yaasin untuk arwah isterinya.

Bila ditanya wartawan, bagaimana keadaan anaknya. Shuib mengatakan anak-anak belum tahu akan pemergian ibunya ini. Shuib memohon orang ramai mendoakan urusan beliau dipermudahkan bersama anak-anak selepas ini.

Biarpun berat hati merelakan pemergian isteri, Shuib tetap reda apabila Sarah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

Paling sukar untuk dilakukan ketika ini adalah menceritakan keadaan sebenar kepada anak-anak yang menanti di rumah.

“Saya belum memaklumkan kepada anak-anak mengenai pemergian ibu mereka kerana saya bergegas ke hospital pagi tadi.

“Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi,” katanya.

Ikrar Shuib, dia berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Allahyarham dengan baik termasuk zuriat bongsu mereka yang baru dilahirkan, Ayash Affan.

Pelukan Terakhir Anak2

Sebaknya. Semoga terus kuat

Lagu Ciptaan Terakhir mereka sendiri

Sungguh ramai yg terasa pem3rgiannya. Semoga rohnya dlm RahmatMu

Sumber : kosmo / siakapkeli

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB page Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *