Info Semasa

Tahniah..lepas ni di Paris Pula

Selepas selesai acara akhir Keirin sebentar tadi yang menyaksikan Datuk Azizulhasni Awang berjaya membawa pulang pingat perak untuk Malaysia, maka berakhirlah perjuangan atlet Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo yang penuh cerita suka dan duka ini. Pingat Gangsa dari Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam acara badminton dan Perak dari acara Keirin dari Datuk Azizulhasni Awang menutup tirai kisah getir di bumi Tokyo 2020.

Besar perjvangan atlet negara dalam menuju ke Tokyo kali ini bagi menghadapi temasya terbesar sukan dunia iaitu pentas Olimpik. Mereka terpaksa duduk dalam Gelembung Sukan berbulan-bulan lamanya. Tidak berjumpa dengan keluarga kerana pandemik dan terus membawa semangat itu ke Tokyo bagi melancarkan misi emas pertama Olimpik buat negara.

Beberapa prospek Malaysia sasarkan untuk meraih emas pertama kali ini. Antaranya, perseorangan lelaki badmintan Lee Zii Jia yang baru sahaja menjuarai kejohanan Seluruh England, Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong yang baru sahaja mencatat sejarah di siri kejohanan dunia dan siapa lagi kalau tidak Datuk Aziuzlhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom dalam acara berbasikal trek.

Ya, mungkin kali ini kita masih g4gal untuk meraih pingat emas pertama Olimpik tapi adakah dengan Gangsa dan Perak ini tanda kegagalan? Sudah tentunya tidak. Jika kita berada di tempat atlet yang terpaksa tinggalkan keluarga demi tugas negara dan dihimpitkan lagi dengan tekanan perlu dapat emas untuk Malaysia yang mana tekanan itu sangatlah besar.

Ini bukan ‘penghvjung dunia’ untuk kita seluruh rakyat Malaysia di pentas Olimpik. Esok sudah sepatutnya bermula langkah pertama atlet Malaysia memburu pingat emas  pertama Olimpik di bumi Paris 2024. 3 tahun bukanlah satu jangka masa yang lama. Pejam celik, pejam celik dah 2024. Berdoalah dan terus berharap agar bumi Perancis menjadi saksi lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar megah.

Betul, jika dilihat di peta dunia, negara Malaysia antara negara kerdil dalam sukan Malaysia tetapi harus diingat jiwa kita besar, kita bersatu kerana Sukan. Ketepikan fahaman politik, berbeza bangsa dan warna kulit. Percaya dan terus percaya kita boleh melakukannya di pentas termasyhur di dunia ini.

Malaysia dah melahirkan pemain Badminton antara terbaik dunia, Datuk Wira Lee Chong Wei, penerjun berkelas dunia seperti Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong, pelumba basikal trek yang pernah menjadi juara dunia iaitu Datuk Azizulhasni Awang. Tidak mustahil kita akan melahirkan atlet pertama hadiahkan emas pertama Olimpik di Paris nanti.

Sumber : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *