Hiburan

(video) Pelanggan minta ketuk pintu dan terus lari

Menjadi seorang penghantar makanan ketika musim pandemik ini, pasti korang terpaksa lalui bermacam jenis ragam pelanggan kan?

Salah satunya seperti apa yang dilalui oleh pengguna TikTok @anasmansor99 yang telah mendapat pesanan daripada pelanggannya yang tinggal di sebuah flat.

Mungkin dek kerana ingin menjaga prosedur operasi standard (SOP) ketika musim wabak COVID 19 sedang mengganas ini, pelanggan kepada penghantar makanan tersebut telah memberikan nota arahan di mana abang rider ini hanya perlu mengetuk sebaik meletakkan makanan dan terus melarikan diri. Aikk macam ni pun ada ke? 

Video:

 

Disebabkan customer minta macam tu… So kita ikutkan je lah kehendaknya,” katanya yang patuh kepada arahan pelanggan.
“Lari-lari pun sempat lagi setting camera ehh” 

Netizen yang terhibur dengan gelagat abang rider ini, sempat mengusik kerajinan rider tersebut yang nak merakam adegan itu siap setting camera di lokasi lagi.

Malah rider itu sendiri akui yang dia penat kerana terpaksa ulang retake adegan tersebut. Haa tudia jenuh kena lari dua tiga kali ye! 

Apa-apapun ramai yang mengagak kemungkinan besar pelanggan tersebut menghidap COVID 19 atau bergejala, jadi dia tak naklah membah4yakan orang lain kan.

Comel je abang rider ni lari! 

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *