Info Semasa

Berita sed!h. Salam takziah Amy search

Ibu kepada penyanyi rock terkenal Amy Search men1nggal dun1a pada jam 6 petang semalam atau ibunda tercinta, Hajah Fatimah Idris yang men1nggal dunia akib4t sak1t tua.

Perkara itu dimaklumkan Amy melalui status yang dimuat naik di akaun Instagramnya @akuamysearch.

Fatimah Idris, 88, menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudaranya di Sunway Rimba Hills Kota Damansara, Petaling Jaya dan disahkan Penolong Kanan H0spital Sungai Buloh pada pukul 10.45 malam tadi.

“Ibu saya telah men1nggal dunia kerana sakit tua. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat beliau dan semoga diitempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujar Amy kepada Gempak.

Menurut pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman itu, beliau dan isterinya, Nourish kali terakhir bertemu Allahyarhamah pada bulan Ramadan tahun ini.

Namun kemudian, kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), vokalis yang baru menyambut ulang tahun ke 63nya pada 28 Julai lalu ini hanya kerap bertanya khabar menerusi panggilan telefon serta membuat videocall.

Sebelum ini Allahyarham pernah menetap bersama Amy di ibu kota dan kerap dikunjungi cucunya, Nabila Huda sebelum kembali ke kampung di Johor Bahru. Sejak itu Amy kerap pulang untuk menzi4rah ibunya yang memang tidak berada dalam keadaan baik.

Allahyarhamah juga dijaga secara bergilir oleh kakak sulung Amy, Hajah Azizah, yang turut menetap di Kuala Lumpur.

Al Fatihah buat Hajah Fatimah Idris dan salam takziah dari Gempak buat seluruh keluarga Amy.

Jenazah dimandikan pada jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara pada pagi ini.

Sumber : astroawani / gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *