Info Semasa

Ramai yang bersorak lepas ni..

Shah Alam: Mahk4mah Tinggi Shah Alam di sini membenarkan notis keb4nkrapan terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.

Pegu4m utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan berkata, ini berikutan kegagalan usahawan terbabit membayar penghak!man sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utama iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan Mahk4mah Rayvan pada April lalu.

“Dua plaintif dari OWA Resources iaitu Nurwati Hussin, 41, dan Mohammed Syakir Hussin, 32, berkata, notis berkenaan sudah dibuat minggu ini namun pihaknya belum menerima sebarang afidavit memb4ntah notis keb4nkrapan itu oleh pihak Muhammad Sajjad.

“Pihak anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan.

“Oleh itu, kami mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan, menampal notis di mahk4mah dan di depan rumah defendan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Nurul Hafidzah berkata, pada tahun lalu, anak guamnya berjaya membekukan akaun bank defendan tetapi hanya dapat memperoleh RM5,000 iaitu baki terkini dari akaun terbabit.

“Ini dilakukan melalui tindakan garnisi terhadap kesemua akaun defendan-defendan.

“Berikutan keg4galan defendan memb4yar pengh4kiman mahk4mah, anak guam tiada pilihan lain melainkan memb4nkrapkan defendan,” katanya.

Nurul Hafidzah berkata, mengikut penghakiman Mahkamah Rayvan, Muhammad Sajjad gagal dalam rayvannya bagi memb4talkan keputusan M4hkamah Tinggi Shah Alam yang memer!ntahkan usahawan itu membayar ganti rvgi sebanyak hampir RM200,000 kepada OWA Resources.

“Difahamkan, pihak Muhammad Sajjad ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rvgi itu secara ansuran sebanyak RM3,000 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini OWA Resources cuba menyerahkan notis bankrapsi kepada Muhammad Sajjad sebanyak tiga kali termasuk percubaan menyerahkan surat temujanji dan percubaan lain.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana semua percubaan serahan itu gagal kerana Muhammad Sajjad tidak dapat ditemui maka plaintif memfailkan notis terbabit untuk serahan secara alternatif iaitu melalui notis iklan di surat khabar, di mahk4mah dan juga di depan rumah defendan.

“Berdasarkan notis berkenaan, Muhammad Sajjad perlu membayar RM113,327 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 (tarikh pemfailan writ saman) sehingga 3 Mac 2021 (tarikh notis kebankrapan) serta kos mahkamah sebanyak RM70,000 dan setakat 3 Mac 2021 jumlah itu menjadi RM197,329.87.

“Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebankrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar pengh4kiman melebihi RM100,000.

“Oleh itu, OWA Resources memfailkan notis keb4nkrapan terhadap Muhammad Sajjad kerana masih g4gal membayar jumlah berkenaan sehingga kini,” katanya.

Nurwati, Pengasas OWA Resources adalah bekas stokis produk bengkung dan girdle Muhammad Sajjad memaklumkan krisis undang-undang dan perniagaan itu menjadi pengajaran kepada syarikatnya agar lebih berhati-hati dalam memilih rakan perniagaan pada masa hadapan.

Beliau akan memastikan melakukan pemeriksaan wajar melalui peguam korporat yang dilantik sebelum menjalankan sebarang kerjasama perniagaan dengan mana-mana pihak selepas ini.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *