Hiburan

Nak sangat tengok.. dah nampak menggelupur

Satu video yang memaparkan penampakan satu lembaga yang didakwa sebagai poc0ng telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang bernama @mrcreepyposta.

Video yang berdurasi selama 16 saat itu memaparkan seorang lelaki yang dipercayai sedang melakukan aktiviti paran0rmal di satu rumah yang telah ditinggalkan.

Dapat didengari di dalam video tersebut, lelaki itu berkata bahawa dia berasa tidak sedap badan selepas berada di dalam bilik di salah satu rumah berkenaan.

Ketika dia sedang keluar daripada bilik tersebut, dia telah terperasan bahawa ada sesuatu yang mengintainya di sebuah rumah yang berhampiran.

Ketika dia memfokuskan kameranya pada rumah dihadapan itu, didapati bahawa ada satu lembaga yang tampak berbungkus seakan poc0ng berwarna putih sedang mengintainya.

Lelaki itu terus terkejut dan menjerit “SubhanaIIah”.

Lembaga tersebut kemudiannya terus menyorok menghilangkan diri.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut. Namun begitu, video itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, iaya telah ditonton lebih 11 ribu kali.

 

Sumber : mrcreepyposta / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *