Info Semasa

Tak ada niat rendahkan orang katanya….hmm

Di Instagram, seorang ahli perniagaan terkenal yang didakwa berlaku b1adap terhadap seorang warga emas tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan perkara sebenar.

Saya tak ada niat

Berkenaan video pendek yang tular baru-baru ini, saya tidak pernah berniat ingin mengh1na sesiapa terutama uncle tersebut. Selama saya hidup, tidak pernah saya berlaku b14dap kepada sesiapa terutama warga tua. Saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan. Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang esa. Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan uncle tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas ketidak beradaban saya. Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut. Sebab itu saya tidak terfikir akan ada sesuatu yang kurang baik baik dari video tersebut dan saya post di media sosial saya.

Menurut ahli perniagaan tersebut, dia tidak pernah terlintas untuk mengh1na golongan yang memerlukan bantuan. Ini kerana, dia pernah berasa susah dan memerlukan bantuan daripada orang lain suatu ketika dahulu. Tambahnya, dia juga seorang manusia yang h1na dan penuh dengan d0sa. Tambah ahli perniagaan tersebut, dia benar-benar memohon maaf kepada semua pihak dan berjanji akan berjumpa warga emas itu semula untuk memohon maaf dan memperbetulkan semula kesilapannya.

Mengulas mengenai isu tidak memakai pelitup muka semasa bercakap, ahli perniagaan tersebut turut memohon maaf dan memberitahu bahawa pihak Polis Diraja Malaysia telah memanggilnya dan mengenakan k0mpaun.

Saya telah mengecewakan anda

 

Di akhir posting, ahli perniagaan tersebut turut menjelaskan serba sedikit mengenai aktivitinya semasa berjumpa rakan jalanan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL). Jelasnya, warga emas tersebut merupakan salah seorang individu yang sukarela berkongsi kisah silam hidupnya dan mahu bangkit semula untuk menebus kesilapan pada masa lalu. Ahli perniagaan tersebut turut mengaku bahawa dia tidak patut meninggikan suara ketika bercakap dengan warga emas tersebut dan mengambil isu yang berlaku ini sebagai pengajaran palin terbesar dalam hidupnya.

Sumber : Instagram

Kredit : 0hbulan / trendinggiler

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *