Info Semasa

Nasib baik tak hempap pengguna jalan raya masa tu

Klang: Seorang pekerja binaan mavt manakala dua lagi cedera dalam kejadian runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, di sini, hari ini.

Ketua P0lis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden runtuhan terbabit pada jam 2.14 petang.

“Siasatan mendapati, ketika kejadian seramai lima pekerja bukan warga negara sedang bekerja di atas struktur binaan terbabit.

“Akibat runtuhan itu, empat mangsa jatuh yang mana tiga tersep!t dan kita mendapat bantuan Bala! B0mba dan Penyel4mat (BBP) Shah Alam, Andalas dan Pelabuhan Klang untuk melakukan kerja menyelamat.

“Dua mangsa berjaya dikeluarkan dan mendapat keced3raan di muka, seorang mangsa yang tertimbus disahkan men!nggal dikeluarkan jam 4.30 petang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Shamsul Amar berkata, setakat ini p0lis masih menutup laluan utama di hadapan Hotel Premier untuk memberikan laluan kepada Jabatan Kes3lamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) untuk menjalankan siasatan.

“Sekiranya kita mengenalpasti ada salah laku ataupun kecuaian jen4yah, p0lis akan mengambil alih si4satan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang men!nggal dunia dan cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk tindakan lanjut.

“Bagi mangsa yang men!nggal dunia, p0lis masih meneruskan siasatan dan diklasifikasikan sebagai mat! mengejut,” katanya

Katanya, kesemua mangsa yang terbabit bukan warga negara dan berumur lingkungan 30-an.

Sumber : hmetro com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *