Dunia Info

Kesiannya dian!aya penjara 21 tahun

Mexico City: Seorang guru muzik dibebaskan selepas 21 tahun menjalani hukvman di penj4ra Mexico City atas kesalahan membvnuh yang tidak pernah dilakukannya.

The Sun melaporkan, Manuel Valdovinos berkata, pihak berkuasa Mexico masih belum membuat permohonan maaf atas kesilapan itu.

Menurut rekod, guru yang mengajar di bandar Texcoco pada tahun 2000 itu ditahan selepas disyaki membvnuh individu bernama Manuel Martínez Elizalde.

Dia kemudian dihvkum penjara 41 tahun atas kesalahan itu sebelum akhirnya dibebaskan minggu lalu.

Ia selepas ‘mangsa’ kes bvnuh berkenaan ditemui masih hidup di Amerika Syarikat (AS).

Sepanjang dalam tahanan, Manuel tetap tidak mengaku bersalah dan mendakwa polis memvkul dan meny3ksanya.

Tindakan itu dilakukan dengan tujuan mendesaknya untuk mengaku bers4lah atas perbuatan yang tidak pernah dilakukan.

Menurut satu laporan media tempatan, polis membawa Manuel ke sebuah gudang dan menggantungnya pada rantai sebelum memukul serta menderanya dengan kejutan elektrik.

Lelaki itu kemudian diletakkan di dalam bekas berisi ais supaya kesan kecederaan tidak kelihatan.

Manuel pernah meluahkan isi hatinya menerusi sepucuk surat dihantar kepada Presiden Andrez Manuel Lopez Obrador selepas mendapat kebenaran berbuat demikian.

“Hari ini saya dapat memberitahu kamu bahawa selepas saya menjadi mangsa peny3ksaan, penahanan sewenang-wenangnya, pen!puan kej4hatan,” katanya.

Lopez Obrador kemudian dilaporkan memberi ‘lampu hijau’ kepada usaha untuk membebaskan tertuduh.

Selepas meneliti semula kes berkenaan, sebuah jawatankuasa kehakiman memerintahkan pembebasan segera Manuel.

Dia disambut oleh keluarganya di pintu masuk p3njara Almoloya de Juarez.

Menurut laporan, selama 21 tahun di penjara, Manuel ‘kehilangan’ seorang anak dan beberapa individu tersayang, malah pernah berharap supaya mereka membiarkannya mat!.

Menurut Manuel, dia masih mempunyai rekod jen4yah yang akan menghalangnya mencari pekerjaan.

Setakat ini, belum ada ada pengesahan sama ada pasukan perundangannya bercadang untuk menuntut ganti rugi atas kesilapan berkenaan.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *