Hiburan Info

(video mencuit hati)Pejam lah mata tu kalau takut sangat dengan jarum

Bagi sesiapa yang ada fobia dengan jarum suntik ni, mesti banyak ragam yang ditunjukkan oleh mereka sampai terpaksa orang sekeliling tolong tenteramkan dia.

Walaupun bagi kita ia dilihat agak lucu, namun kasihan sebab ada sesetengah golongan yang mengalami sejenis fobia yang dikenali trypanophobia iaitu takut pada jarum suntik.

Takut nak lengkapkan second dose

Seperti kisah yang viral baru-baru ini, di mana seorang lelaki dilihat begitu takut untuk disuntik sampai terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakannya.

Menerusi posting yang dimuat naik melalui akaun TikTok @jayy, menunjukkan situasi dia yang begitu takut untuk menerima suntikan kedua vaksin Covid-19.

 

Walaupun bekerja sebagai seorang petugas kesihatan, Jayy masih seperti manusia yang lain apabila dia cuba tenangkan diri sebelum suntikan diberi. Namun ketika seorang jururawat nak mulakan prosedur, Jayy dah mula ‘gelabah’ dan dia terpaksa dipegang oleh kawan-kawannya.

Ketika nak dicucuk, dia cuba mengelak hingga membuatkan jururawat berkenaan ketawa melihat karenah Jayy. Paling tak disangka, Jayy sampai menjerit ketika proses vaksinasi dan dia dilihat memegang kuat tangan rakannya. Habis saja proses, terus dia terdiam dan cepat-cepat beredar.

Perkongsian video ini telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 1.3 juta views.

“tak dapat bayangkan lelaki beranak”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan ragam lelaki tersebut yang begitu takut sampai terpaksa pegang tangan kawannya dengan kuat. Selain itu ramai juga dengan nada bergurau, mengatakan inilah sebab kenapa bukan lelaki yang kena bersalin.

 

Aigoo lawak-lawak komen netizen ni, siapa yang ada kawan macam ni?

Sumber : lobakmerah com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *