Semasa

Bayi Hidap K4nser Tah4p 4 PerIu Ditebvk Lehernya

Bayi dari Kampung Nawa di sini yang menghidap k4nser otak tahap empat akan dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembed4han menebuk lehernya dalam masa terdekat.

Ibunya, Nurul Asyikin Mustafa, 26, berkata, Muhammad Adam Zikri Mohamad Zainal yang berusia setahun sepatutnya menjalani pemb3dahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad.

Bagaimanapun, katanya, pemb3dahan itu ditunda berikutan anak keduanya itu demam.

Menurutnya, doktor memberitahu pembed4han menebuk leher dilakukan untuk membantu Adam Zikri bernafas dengan baik supaya tidak perlu lagi bergantung kepada paip yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

 

“Pembedahan dilakukan agar Adam Zikri tidak perlu bergantung kepada paip yang disalurkan ke mulutnya kerana doktor bimbang berlaku j4ngkitan kvman. Jika berjaya, doktor bakal benarkan anak kami ini pulang ke rumah selepas hampir empat bulan berada di unit rawatan rapi neonatal (NICU) HSB Alor Setar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nawa di sini Sabtu.

Nurul Asyikin berkata demikian selepas menerima kunjungan Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara, Zamzuri Mansor yang hadir menyerahkan svmbangan bernilai RM1,000 menerusi Econsave Pokok Sena Prihatin.

Sementara itu, Nurul Asyikin berkata, anaknya itu akan menjalani kim0terapi buat kali keempat dalam masa terdekat dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI) pula akan dilakukan pada Oktober untuk melihat tahap k4nsernya.

“Syvkur apabila dapat tahu Adam Zikri akan dapat pulang dalam tempoh terdekat ini. Kami juga gembira apabila Jab4tan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga tampil membantu meluluskan bantvan bulanan RM500 kepada Adam Zikri. Bolehlah digunakan untuk keperluan dan rawatannya selepas ini.

Mohd Zamzuri (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan Econsave Pokok Sena Prihatin kepada Mohamad Zainal dan Nurul Asyikin di Kampung Nawa, Pokok Sena pada Sabtu.

Mohd Zamzuri (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan Econsave Pokok Sena Prihatin kepada Mohamad Zainal dan Nurul Asyikin di Kampung Nawa, Pokok Sena pada Sabtu.

“Terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuk Pasaraya Econsave yang menyvmbang keperluan dapur dan elektrik, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami,” ujarnya.

Sementara itu, Zamzuri berkata, sumb4ngan tersebut adalah untuk membantu meringankan keluarga bayi berkenaan selepas beberapa bulan perlu berada di HSB.

Menurutnya, bapa kepada bayi berkenaan, Mohamad Zainal Mohd Khamis, 29, merupakan seorang tukang rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan ibunya pula merupakan seorang suri rumah.

“Mereka mempunyai seorang lagi anak berusia empat tahun yang merupakan pesakit tiroid sejak lahir,” ujarnya.

Pada 7 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan nasib pasangan suami isteri terbabit apabila anaknya menghidap penyakit k4nser otak tahap keempat.

Muhammad Adam Zikri telah menjalani dua kali pembed4han dan kimoterapi selepas penyakitnya itu dikesan pada 29 Mac apabila mengalami demam yang panjang dan muntah.

Orang ramai yang ingin memb4ntu keluarga terbabit boleh menghubungi Nurul Asyikin di talian 017-4306631.

Sumber : sinarharian

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB page Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *