Semasa

“TerlaIu Pantas” AIIah Lebih Say4ngkan Baby DaniaI

“Kejadian terlalu pantas tapi saya sempat lihat kelibat ular menyusur keluar melalui lubang kecil di dalam bilik,” kata Nurul Diana Awang, 33, yang kehilangan anak bongsu akibat dipatuk ular di bilik tidur utama kediaman di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz, 17 bulan, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Rembau selepas tangan kirinya dipatuk ular.

Nurul Diana berkata, ketika kejadian, anak bongsu daripada lima beradik yang mesra dipanggil Iqwan sedang bermain dengan abangnya, Danish Haikal, 3, di tepi almari di bilik tidur utama.

Katanya, dia turut sama berada dalam bilik tetapi tidak menyedari kehadiran reptilia berkenaan.

“Ketika leka bermain, Muhammad Danial Iqwan tiba-tiba menangis. Bila saya tanya kenapa, dia tunjukkan tapak tangan yang sakit.

“Saya lihat ada kesan kebiruan dipercayai terkena patukan ular di tapak tangan kiri.

“Beberapa minit kemudian dia muntah. Dengan bantuan adik, saya terus membawanya ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika di sini, hari ini.

Suri rumah itu berkata, dia tidak dapat memastikan jenis ular yang menyerang anaknya itu kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

“Bagaimanapun dari segi saiz badan ular itu ia tidak besar,” katanya yang mengakui terdapat sedikit semak samun berhampiran kediamannya yang dibina separuh batu dan papan itu.

Nurul Diana berkata, dia tidak menyangka kejadian itu menyebabkan dia kehilangan anak bongsu.

“Dia masih kecil. Doktor sudah berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkannya tapi Allah lebih sayangkan dia.

“Saya tidak dapat menahan sebak apabila doktor memaklumkan pernafasan Iqwan terhenti selepas lebih tiga jam dirawat. Namun, saya dan keluarga reda dengan ketentuan Allah,” katanya yang membuat keputusan untuk tinggal sementara waktu di rumah ibunya di Kampung Seberang Masjid Lama, di sini, iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurutnya, jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid Lama selepas solat Zohor hari ini.

Sumber : hmetro

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.