Dunia Info

(Video) khayal sampai tak sedar anak hanyut

Nasib baik Seorang bayi yang berusia 1 tahun dilaporkan telah disel4matkan selepas terapung di tengah laut di Tunisia.

Menurut Mirror, bayi itu duduk di dalam pelampung yang berwarna merah jambu dan disyaki telah ‘dibawa’ oleh angin kencang sehingga boleh sampai ke tengah laut. Difahamkan, ibu bapanya tidak sedar ketika kejadian tersebut berlaku.

Ia berlaku pada Sabtu lalu dan video detik-detik ketika ‘misi’ menyel4matkan bayi itu telah tular di media sosial.

Menerusi video itu, dapat dilihat bahawa pegawai Perlindungan Awam mengangkat bayi tersebut dari pelampung dan membawanya ke tempat selamat.

Bayi itu menang!s tetapi dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengguna media sosial pula menyatakan kelegaan kerana bayi itu telah disel4matkan tetapi mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh ibu bapanya sehingga tidak sedar mengenai keh!langan anak mereka.

Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku dan disebabkan itu pihak berkuasa Tunisia telah mengingatkan ibu bapa agar berwaspada dan memantau anak masing-masing.

Video:

Sumber : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *