Info Semasa

Betul ke meIahirkan bayi leIaki lagi sakit dari bayi perempvan?

Setelah sembilan bulan dalam kandungan, kini tiba masanya ibu melahirkan bayi dengan kontraksi yang sangat memenatkan dan terlampau teruk.

Ia sekaligus membuatkan sesetengah ibu ‘trauma‘ untuk mengandung lagi. Tapi, adakah anda tahu jantina bayi mungkin memberi kesan kepada sakit bersalin yang lebih teruk?

Satu kajian baru-baru ini mendapati, ibu melahirkan bayi lelaki lebih sakit berbanding bersalin bayi perempuan.

Nampaknya, ini bukan sekadar mitos ya? Orang dulu-dulu pun selalu kata ibu melahirkan bayi lelaki akan “putus” lebih banyak urat berbanding melahirkan bayi perempuan.

Penelitian kini telah membuktikan jenis kelamin bayi mampu mempengaruhi sakit bersalin ibu. Jom lihat penjelasan lengkap berikut:

Ibu melahirkan bayi lelaki lebih sakit dari bersalin bayi perempuan – Kajian 

ibu melahirkan bayi

Jurnal Pediatrik Research telah menerbitkan artikel berdasarkan penelitian di San Cecilio Clinical Hospital of Granada yang diketuai oleh Julia Ochoa Herrera ini.

Kajian tersebut juga mendapat kerjsama dengan Jabatan Psikologi Universiti Granada.

Kajian pertama ini menemui alasan kukuh mengapa ibu melahirkan bayi lelaki jauh lebih sakit berbanding bersalin bayi perempuan.

Dalam kajian tersebut, para pengkaji mendapatkan data dari 56 orang ibu hamil yang sihat. Daripada jumlah tersebut, 27 ibu mengandung anak lelaki dan 29 ibu hamil bayi perempuan.

Setelah mereka bersalin, doktor menganalisis kerosakan di tubuh ibu yang terlibat. Mereka menemui, biomolekul pada ibu yang melahirkan bayi perempuan memiliki kerosakan tubuh yang lebih minimum.

Javier dan Julio menjelaskan, analisis ini mengungkap fakta menarik mengenai proses kehamilan dan persalinan, di mana jenis jantina bayi dengan risiko yang boleh terjadi ketika melahirkan.

Selain itu, ia juga akan mempengaruhi perkembangan bayi, daya tahan tubuh terhadap penyakit dan harapan hidup si kecil.

Kenapa melahirkan bayi lelaki lebih sakit berbanding bayi perempuan? 

ibu melahirkan bayi

Alasannya, bayi perempuan memiliki kemampuan lebih baik dalam menghadapi stres. Selain itu, sistem enzim yang ada dalam tubuh janin perempuan telah matang ketika mereka dilahirkan.

Ia sekaligus mencegah terjadinya kerosakan sel pada bayi.

Selain daripada itu, tubuh bayi perempuan mempunyai antioksidan defensif yang bekerja lebih baik jika dibandingkan dengan tubuh bayi lelaki.

Hal ini membuatkan bayi perempuan memiliki risiko lebih rendah mengalami kerosakan membran sel saat dilahirkan. Ia juga akan meningkatkan metabolisme sel dalam tubuh bayi.

Bagi ibu pula, kelebihan memiliki bayi perempuan adalah mereka dapat mengurangkan risiko ibu mengalami inflamasi dan bersalin tidak terlalu sakit.

Bersalin bayi lelaki lebih sakit, apakah risiko yang mungkin terjadi? 

Bersalin Bayi Lelaki Terbukti Lebih Sakit Berbanding Bayi Perempuan! - Kajian

Dr. Petra Verburg dari Robinson Research Institute University of Adelaide Australia mengatakan, jantina bayi mempengaruhi secara langsung komplikasi yang boleh terjadi ketika ingin bersalin.

Ini antara kemungkinan komplikasi yang terjadi kepada ibu saat melahirkan bayi lelaki berdasarkan kajian yang dilakukan tersebut:

Walau bagaimanapun, jangan culas atau skip temujanji dengan doktor O&G anda di klinik kesihatan. Periksa tahap kesihatan anda setiap bulan selama hamil.

Juga, sentiasa mengamalkan pola kehidupan yang sihat dan jauhi risiko yang boleh membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan

Semoga Bermanfaat

Sumber : theasianparent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *