Uncategorized

Sangkakan kawan,rupa-rupanya…

Biasanya bagi mana-mana penghuni rumah sewa, pasti pernah melalui pengalaman-pengalaman yang menyeramkan, betul tak?

Antara kes seram yang cukup ‘terkenal’ berlaku adalah bunyi guli jatuh, bunyi seakan kerusi atau meja yang ditolak di tingkat atas dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini, seorang warga Group Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia, Farhana Anis berkongsi pengalaman seram yang melibatkan rakan serumahnya sendiri. Disangka kawan, rupanya makhluk lain. Memang meremang!

Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Sangka ‘housemate’, rupanya makhluk lain

Gambar hiasan | Google

Assalamualaikum semua. Ini pengalaman di rumah sewa saya 4 tahun lepas.

Rumah sewa tu 3 tingkat. Saya duduk single room dan di tingkat paling bawah. Bulan tu ada penyewa baru masuk dan mereka 4 beradik kesemuanya. Bilik mereka di tingkat 2.

Satu malam, lepas selesai kerja, saya solat Isyak di ruang tamu. Biasanya saya solat di dalam bilik. Waktu tu agak lewat lebih kurang 11.30 malam.

Kemudian saya teruskan dengan mengaji dan lebih kurang 12 tengah malam, selesai semua. Saya masih dengan bertelekung, duduk di atas sejadah sambil main phone. (Bilik tiada signal yang kuat)

Tak lama tu, saya dengar ada yang balik. Tak pasti siapa, jadi saya tunggu sahaja sehingga pintu dibuka. Rupanya, housemate baru dan adik beradiknya.

Saya senyum. Tetapi senyuman saya tidak dibalas. Semuanya. Tak senyum langsung. Jadi saya diamkan.

Sebab ralit main phone, saya tak sedar jam dah pukul 1 pagi. Tiba-tiba saya dengar suara bising dari tingkat atas. Memang bising yang teramat sangat. Suara ketawa terbahak-bahak. Ketawa menjerit-jerit.

Suasana bising tu dah berlaku hampir 10 minit, saya rasa nak tegur. Sebabnya, dalam rumah saya ada seorang lagi housemate paling lama duduk di situ — yang tidak mesra dan agak garang. Tidak mahu sebarang perkara tak diingini berlaku, saya berniat untuk tegur dahulu.

Saya bangun dan menuju ke tangga. Entah kenapa saya terfikir, “Ishh biarlah. Kena marah pandai-pandai la jawab.”

Saya tak jadi naik. Saya masuk bilik dan berehat. Tepat jangkaan saya. Keesokan paginya, masa sedang bersiap nak pergi kerja, housemate saya yang garang tu turun dan masuk ke bilik.

Saya panggil Kak Ina.

“Semalam awak dengar tak orang bising? Saya tak boleh tidur tau.”

Saya jawab — “Ada. Saya dengar.”

Kak Ina jawab — “Awak tahu tak, saya pergi ke bilik tu. Itu yang adik beradik tu yang buat bising. Tapi saya ketuk pintu tak buka.”

Saya tak sempat balas, Kak Ina terus keluar. Memang dia bengang betul agaknya.

Petang tu, lepas balik kerja, saya berselisih dengan mereka adik beradik di halaman rumah. Saya tegur dan beritahu mengenai kisah semalam.

Salah seorang dari mereka terus menyampuk. “Semalam? Semalam kita orang tak balik, kak. Mak ayah datang sini, so tidur rumah saudara.”

Saya terdiam. Sungguh saya yakin bahawa saya nampak dengan jelas mereka balik dan naik ke bilik.

Tetap juga mereka cakap tak balik dan mereka tunjukkan kepada saya beg baju kotor yang dibawa.

Malam tu, saya tak tidur seorang. Ajak kawan lain temankan sekali. Saya anggap kejadian tu sekadar usikan sahaja.

Dan bukan saya sahaja. Mereka empat beradik pun minta tumpang tidur bilik lain.

Sampai sekarang masih ingat wajah mereka malam tu.

Sumber : Farhana Aris / Kelab Cerita Hantu Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *