Semasa

Lelaki mavt, anak saudaranya parah ditemb4k jiran

Lelaki maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dipercayai menggunakan senapang patah di Taman Raya Wakaf Tapai di sini, hari ini.

Mangsa, Fong Swee Fuan, 65, yang juga Ketua MCA Bahagian Marang cedera di dada dan disahkan maut di tempat kejadian.

Anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, turut cedera di dada dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.

Sebelum kejadian itu, kedua mangsa bersama suspek dikatakan berada di kawasan rehat di kawasan perumahan berkenaan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada 2 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 56 tahun melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah dipercayai milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ke arah kedua mangsa.

“Sebelum meninggalkan lokasi kejadian, suspek didakwa mengeluarkan amaran yang dia mempunyai 75 butir peluru dan akan membunuh lebih ramai orang sebelum membunuh diri.

“Suspek yang melarikan diri dengan menaiki sebuah jip berjaya ditahan di kawasan kebun di Durian Mentangau, Dungun pada 4.20 petang tadi.

“Kita turut merampas senjata yang digunakan suspek untuk menembak kedua mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Rohaimi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek adalah kawan rapat serta tinggal di kawasan sama.

Menurutnya, motif sebenar kejadian berkenaan masih dalam siasatan dan masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

“Mengenai dakwaan yang mengatakan kejadian ada kaitan dengan kes judi dan minuman keras, tiada sebarang botol minuman keras atau unsur perjudian di lokasi kejadian.

“Kita sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat Fong dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat,” katanya.

Sumber : hmetro

Dah baca jangan lupa like, komen dan share ya.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *