Info

“Makan durian, biji jangan buang!” Boleh buat kudap-kudap, hiIang boring dan stress. Senang dan mudah

Hakikatnya sudah tular tentang isu harga durian sangat mahal. Ada di antara kita tak mampu pun nak membelinya.

Bila dah beli, kalau boleh biji-biji dengan kulitnya sekali nak makan. Baru berbaloi la kan. Tak ada la beli mahal-mahal tapi boleh makan isinya sahaja.

Makan durian, biji jangan buang!

Eh, nak buat ape pulak biji durian tu kalau tak dibuang? Nak tanam? Tumbuh ke? Hehe. Entahlah. Untung sabut timbul. Siapa tahu kan. Kuasa tuhan. TAPI.. bukan nak cerita pasal tanam durian.

Korang tahu tak biji durian tu boleh buat kerepek?Ramai yang tak tahu kan. Ada juga yang tak pernah dengar pun kan. Ni admin nak share tentang kelebihan biji durian ni

Boleh buat kudap-kudap hilang boring dan stress..
Raya Haji pun tak kemana,
Eloklah buat kerepek ni.
Senang dan mudah.

Jom ikuti langkah demi langkah. Selamat Mencuba!

– Bersihkan biji durian
– Kalau rajin buang kulit koko tu
– Kalau tak rajin biarkan jelaa
– Rendam air garam semalaman ok

– Esoknya, sagat biji durian nipis-nipis
– Saya sagat pakai sagat tupperware tu, senang.
– Ni anak laki sy 12 tahun yg sagatkan
– Mama dia duk basuh pinggan time ni

– Dah sagat biarkan dalam sejam dua
– Lepas tu boleh goreng dalam api perlahan, jangan perlahan sangat. nanti esok baru masak.
– Lama juga nak garing ni. Jangan lupa utk selalu kacau.

– Bila masak, kerepek ni akan rasa ringan bila kacau.
– Tu tandanya nak masak.
– Ni dah masak ni.
– Boleh angkat.

– Toskan
– Tunggu sejuk.
– Dah boleh ngap.

Rasanya sedap. Lemak-lemak gitu.
Anak kata “Hebat la mama biji durian boleh jadi kerepek”.
Haaa gitewww.😆

Dah macam terung min tengoknya.

Ada yang dah cuba ke? Nampak menarik kan? Mari lah kongsi pengalaman anda dengan kami

Rata-rata komen netizen :

Sumber : Rozana Hashim AsSalihin

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *