Semasa

AIhamduIiIIah. Nasib Lapan Beradik Yatim Piatu Terbela

Kisah 8 beradik anak yatim ini tular selepas kisah mereka dimuat naik di laman Faceb0ok pada Selasa.

Lapan beradik menjadi yatim piatu sekeIip mata selepas kedua-dua ibu bapa mereka pergi buat selama-lamanya dalam tempoh tiga hari akibat wabak C0vid-19.

Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, bersama tujuh adiknya yang berumur antara 18 hingga empat tahun kini tinggal di rumah savdara mereka di Bukit Beruntung, Rawang.

Ahli ParIimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, ketua keluarga itu, Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 Julai manakala ibu mereka, Noraini Ibrahim, 43, pula pada 18 Julai akibat C0vid-19.

Menurut June, sebaik menerima Iaporan mengenai perkembangan berkenaan pihaknya terus menjejaki lapan beradik anak yatim terbabit agar mereka mendapat sokongan dan bantuan wajar.

“Kami terus menziarahi mereka yang kini menetap sementara di rumah saudara mereka di Jalan Mawar, Bukit Beruntung untuk menyampaikan sedikit svmbangan kepada Nazurah.

“Saya melawat mereka bersama ahli majlis MajIis D4erah Hulu Selangor, Doris dan Junaida daripada Pertubuhan Keb4jikan Bonda Juwanda serta Haji Ramly dan tim Amanah,” katanya kepada Sinar Harian selepas melawat anak yatim berkenaan pada Rabu.

Dalam pada itu, June berkata, enam dari lapan beradik anak yatim berkenaan masih bersekolah dan memerlukan sokongan bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

Menurutnya, kesemua yang masih belajar itu bakal mendapat sumbangan kemudahan komputer riba dan penyerahan peralatan itu akan dilakukan kepada anak-anak yatim piatu itu pada Sabtu ini.

“Setakat hari ini kita sudah mendapatkan empat buah komputer riba manakala dua lagi akan diusahakan dalam masa terdekat ini sebelum menyerahkan peralatan ini pada Sabtu,” katanya.

Tambahnya, segala keperluan anak anak yatim terbabit juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa sebelum mereka pulang ke kampung halaman di Pahang dalam waktu terdekat ini.

Kisah lapan beradik anak yatim ini mula tular dan mendapat perhatian pengamal media, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat selepas kisah mereka dimuat naik di laman Facebo0k pada Selasa.

Sumber : Sinar Harian

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *