Semasa

Terkejvt Tgok Bnyak Bantvan Makanan Dibuang Dekat Tong Sampah

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat di media sosial di mana semakin ramai individu yang hilang mata pencarian gara-gara gagal untuk keluar mencari rezeki. Situasi yang berlaku turut membuatkan orang ramai yang berkemampuan tampil menghulurkan bantuan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pengguna Facebook iaitu Iz Yunus menerusi perk0ngsiannya menunjukkan makanan-makanan yang sering kali disertakan dalam bungkusan buat golongan yang memerlukan sekadar dibuang di tong sampah.

Lebih mengej0tkan, makanan-makanan yang terdiri daripada beras, gula, tepung, biskut dan sebagainya ini masih belum dibuka dan berada dalam keadaan yang baik.

Gambar-gambar yang dik0ngsikan nyata membuatkan orang ramai sedih dan kecewa. Berikut merupakan antara respon warganet mengenai situasi yang berlaku.

Para warganet turut mencadangkan agar makanan yang tidak dimahukan atau diperlukan disalurkan kepada individu lain berbanding membuangnya bersama longgokan sampah yang lain.

Diharap isu ini tidak lagi berulang bagi menghargai golongan yang berusaha untuk menyalurkan bantuan buat golongan yang memerlukan dalam memastikan orang ramai dapat terus mempunyai makanan yang secukupnya.

Sumber : The V0cket / mytvviral

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published.