Dunia Info

[video] wanita kemurungan selepas keguguran,menyamar sebagai jururawat nak bawa lari anak

Seorang wanita yang dilaporkan baru sahaja keguguran bertindak nekad berpakaian sebagai jururawat untuk mencuri seorang bayi daripada sebuah hospital, lapor portal The Sun.

Wanita yang berusia 23 tahun daru Curtiba, Brazil itu difahamkan takut untuk memberitahu suaminya berita tragis berkenaan kegugurannya.

Seorang wanita yang dilaporkan baru sahaja keguguran bertindak nekad berpakaian sebagai jururawat untuk mencur! seorang bayi daripada sebuah hospital, lapor portal The Sun.

Wanita yang berusia 23 tahun daru Curtiba, Brazil itu difahamkan takut untuk memberitahu suaminya berita tragis berkenaan kegugurannya.

Disebabkan itu, dia telah bertindak nekad merancang untuk mencuri seorang bayi dan membesarkan sebagai anak mereka sendiri.

Setelah dia ditangkap, dia menyatakan kepada pihak polis bahawa dia tidak sampai hati untuk memberitahu keluarganya dan tidak tahu apa yang telah menimpa dirinya sehinggakan dia sanggup bertindak demikian.

Dia telah kehilangan bayinya akibat keuguran pada 27 Jun, dan sejak dari itu dia menderita kemurungan, menurut Parana.

Berpakaian sebagai jururawat, dia telah mengakui mengambil bayi tersebut dari seorang wanita lain di dalam wad dan kemudiannya cuba untuk meninggalkan hospital dengan membawa bayi tersebut di dalam pelukannya.

Dalam video tersebut, sambil menangis wanita muda itu memberitahu kepada pegawai polis: “Saya telah kehilangan anak saya. Saya tidak mahu memberitahu keluarga saya. Saya tidak mahu memberitahu sesiapa.

“Saya benar-benar tidak tahu apa yang terjadi pada diri saya. Saya terdesak.”

Ketika ditanya berkenaan dimana suaminya berada, dia menyatakan bahawa suaminya itu sedang berada di luar kawasan dan menyatakan: “Saya sendirian. Tidak ada siapa pun yang bersama dengan saya. Saya tak tahu apa yang saya fikirkan ini.”

Dia menyatakan bahawa dia telah kehilangan anaknya dua minggu yang lalu dan menambah: “Saya melihat kanak-kanak. Saya mula memerhatikan mereka. Saya mahu ambil seorang untuk diletakkan dalam dakapan saya sahaja. Dan kemudian semuanya berlaku. Saya tidak mahu buat perkara buruk pun.”

Dia memberitahu kepada pihak polis bahawa dia memasuki wad bersalin itu tanpa kebenaran semasa staf di wad tersebut bertukar syif.

Dia kemudiannya ternampak seragan jururawat di bilik persalinan dan memakainya untuk melihat bayi-bayi tersebut.

Dia menemui seorang bayi yang bersama dengan ibunya dan menyatakan bahawa bayi itu diperlukan untuk melakukan ujian.

Walau bagaimanapun, dia telah ditangkap pada saat-saat akhir kerana dia telah menukar pakaian seragam jururawat. Berikutan daripada itu, kakitangan keselamatan menyedari bahawa dia tidak memakai gelang pesakit dan membawa bayi yang baru lahir itu.

Kakitangan keselamatan itu telah mengambil bayi tersebut daripadanya dan menyerahkannya semula kepada ibunya sebelum memanggil pihak polis, yang kemudiannya tiba di tempat kejadian dan menyoalnya.

Sejak dari itu, pihak hospital berjaya mempertahankan protokol keselamatannya dan menyatakan bahawa mereka cekap dalam mencegah kejadian seperti itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada suspek ditahan atau tidak.

Video:

 

Sumber : the sun / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *