Info

“Cara halau dan bagi amaran”jika rumah dimasuki atau ditumpangi makhluk halus.

Tanda Rumah Ada Gangguan Makhluk Halus Dan Ini Cara “Warning” Mereka

Ada di kalangan kita yang apabila bersendirian di rumah pasti akan mengalami kejadian-kejadian yang aneh kan? Tatkala diri bersendiri selalu saja terdengar bunyi-bunyi aneh di telinga, tetapi apabila mencari sumber bunyi tersebut tiada siapa pun di sisi kita waktu itu. Ada pula pada satu masa yang lain, muncul bau-bau yang kurang enak seperti bangkai di kawasan yang kita lalu, walhal apabila mencari tiada satu bangkai atau sampah busuk berada di tempat tersebut.

Jadi mengapa perkara-perkara aneh ini berlaku ke kepada kita, mungkinkah diri kita di sihir atau di ganggu makhluk halus. Merasai kehadiran makhluk ghaib ini akan membuatkan diri kita bermandi peluh sejuk apabila menghadapi pengalaman gerun tersebut.Di sini kami berikan beberapa jenis petanda diganggu dengan makhluk halus dan cara mengatasi gangguan tersebut.

Objek Bergerak Sendiri

Apabila bersendirian di rumah, tiba-tiba kerusi di meja makan bergerak sendiri walhal tiada siapa yang duduk di kerusi meja makan tersebut. Selain itu, melihat barang-barang lain beralih tempat atau bergerak sendiri, ini bermakna terdapat makhluk halus di situ.

Cara makhluk ghaib yang cuba menakut-nakutkan manusia seperti ini adalah perkara biasa, bagi yang pernah mengharungi pengalaman sebegini, biasanya akan menghiraukan perkara tersebut.

Gangguan Elektrik

Ini bukan gangguan elektrik yang biasa-biasa tu, ini gangguan elektrik yang luar biasa di mana secara tiba-tiba barang-barang elektronik seperti lampu, televisyen, radio dan sebagainya hidup dengan sendiri. Walhal kesemua barang-barang tersebut telah di matikan suisnya.

Mendengar Bunyi Aneh

Sering mendengar bunyi-bunyi aneh merupakan salah satu petanda diganggu oleh makhluk halus ini. Malah kita sendiri juga sukar untuk mentafsirkan bunyi aneh tersebut, ada juga bunyi seram yang mudah dikenalpasti seperti bunyi bermain guli, bunyi orang berjalan, bunyi ketukan pada dinding atau pintu.

Bunyi-bunyi yang berlaku pada larut malam seperti ini pastinya akan membuatkan berdiri bulu roma.

Melihat Kelibat

Pernah tak apabila kita sedang sibuk membuat kerja, tiba-tiba ada kelibat melintas depan mata dengan pantas atau ternampak kelibat melintas depan pintu bilik. Kamu mungkin diganggu oleh entiti halus tersebut dan jika hal ini berlaku secara kerap serta makin menampakkan diri di depan kamu maka kamu perlu dapatkan rawatan perubatan IsIam dengan segera.

Rasa Seperti Diperhatikan

Sering merasakan diri seperti diperhatikan walaupun di sekitar kamu tiada sesiapapun dan perasaan tersebut membuatkan bulu roma kamu berdiri. Mungkin jika situasi ini berlaku pada pertama kali mungkin kamu menyangka ia hanya mainan perasaan sahaja.

Tetapi jika hal ini berlaku secara kerap maka ia bukanlah mainan perasaan, sebaliknya adalah gangguan makhluk ghaib yang cuba mendekati diri kamu.

Terdapat Kesan Gigitan Dan Lebam Pada Tubuh

Pernah tak apabila kita bangun dari tidur tiba-tiba mendapati terdapat kesan lebam dan gigitan pada badan. Atau terdapat kesan calar dan kesan tangan di badan, ini adalah salah satu petanda diri diganggu oleh makhluk halus.

Tercium Bau Aneh

Pasti kamu pernah mendengar pengalaman individu yang diganggu oleh makhluk halus, menceritakan bahawa mereka sering tercium bau aneh atau bau busuk seperti bangkai apabila melalui sesuatu kawasan.

Walhal tiada satu pun bangkai atau sampah busuk berada di situ, dikatakan jika tercium bau itu bermaksud makhluk halus tersebut berada sangat dekat dengan diri kita.

Ikut Cara Nabl Jika Diganggu Makhluk Halus

Dalam salah satu ceramah ustaz Azhar Idrus, ustaz Azhar Idrus menjelaskan terdapat dua jenis makhluk syaitan yang pertama adalah yang masuk dalam darah atau badan manusia dan yang kedua adalah yang duduk di luar tubuh badan yang duduk di tempat yang tiada orang seperti dalam laut, hutan, dan tempat-tempat sunyi lain.

Syaitan yang berbahaya adalah syaitan yang duduk di dalam diri kita, di mana bisikan-bisikan tersebut mampu membuatkan manusia menjadi syirik.

Dan manakala syaitan yang berada diluar badan biasanya akan mengusik atau mengganggu manusia seperti mendengar bunyi orang menangis, bunyi guli, bunyi ketukan dan sebagainya. Apabila berlaku situasi tersebut, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah membaca ayat kursi betul tak.

Atau paling tidak kita akan melaungkan azan, jika makhluk halus tersebut tidak menampakkan dirinya maka bacaan ayat kursi dan melaung azan dapat membantu. Tetapi jika makhluk halus tersebut menampakkan dirinya secara nyata di depan mata, ini yang perlu kamu lakukan.

Jadi apa yang harus kita lakukan jika situasi tersebut berlaku. Ustaz Azhar Idrus berkongsi cara menerusi hadis Nabl dalam riwayat hadis Sahih Muslim dengan membaca “Al’anuka bila’natillah” yang bermaksud “Aku laknat kamu dengan laknat AIlah” sebanyak tiga kali. In Shaa AlIah gangguan tersebut akan berhenti.

Setiap apa yang berlaku adalah dengan keizinan dari AIlah S.W.T dan dengan bantuanNYA jugalah dapat kita semua hindari dari sebarang gangguan makhluk ghaib. Semoga kita semua di dalam lindungan AIlah S.W.T.

Sumber : lakarmedia com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *