Info

Asal goreng je tak ranggup…Nah petua ikan bilis goreng “tak lemau”

Ikan bilis amat enak jika dimakan bersama makanan lain seperti nasi goreng, nasi lemak, bubur dan tidak lupa dibuat sambil tumis. Hidangan ringkas, tapi cukup membangkitkan selera!
Walau bagaimanapun, selera boleh terbantut jika ikan bilis yang digigit itu liat dan lemau. Kalau diikutkan untuk menggoreng ikan bilis ini mudah, hanya menggunakan ikan bilis dan minyak sahaja. Namun, untuk mengekalkan keenakkan dan kerangupan ikan bilis itu susah.Ole itu, ikuti petua yang dikongsi oleh Puan LizaIdris menerusi Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL bagi mendapatkan tekstur ikan bilis yang tetap rangup dan garing walaupun sudah digaul dengan sambal.

Gambar: Facebook Liza Idris

Meh sini nak share petua ikan bilis goreng kekal rangup walaupun sudah gaul dengan sambal tumis. Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ni berkesan untuk digunapakai. Cara-cara ada pada setiap gambar.

1. Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye. Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.

Gambar: Facebook Liza Idris 

2. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.

Gambar: Facebook Liza Idris

3. Renjiskan cuka ikut keperluan.

Gambar: Facebook Liza Idris

4. Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan. Air tangan seorang isteri untuk suami gitu. Nak gaul pakai kayu golf pun boleh je. haha 

Gambar: Facebook Liza Idris

5. Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Nak tahu panas atau tidak, boleh la celup jari tu. Haha. Kemudian, masuk ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.

Gambar: Facebook Liza Idris

6. Dah garing, angkat dan toskan minyak.

Gambar: Facebook Liza Idris

Semudah itu sahaja untuk memastikan ikan bilis tetap garing dan ranggup selepas digoreng. Petua yang penting ialah tapis ikan goreng hingga betul-betul kering selepas dibasuh dan gaulkan dengan sedikit cuka.

Di ruangan komen, ada warganet yang telah mencuba petua itu dan ianya menjadi.

“Saya pun memang guna cuka untuk rangupkan ikan bilis…”

“Saya pun buat macam tu. Memang rangup.”

“Memang menjadi petua ini. Serius rangup sedap…”

Terdapat tips dan petua lain dikongsi oleh warganet di ruangan komen. Antaranya, letakkan ajinomoto atau asam keping semasa goreng dan pastikan minyak banyak semasa menggoreng.

Sumber : fb Liza Idris / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *