MUSIM durian ni memang masa terbaik untuk peniaga raja buah itu menuai untung hasil penanam pokok yang makan masa hampir setahun untuk berbuah tu. Ada juga peminat yang sanggup berhabis hingga ratusan ringgit semata-mata untuk merasai nikmat setahun sekali tu.
Ada satu video yang viraI di media sosial selepas seorang lelaki berhasrat untuk menjual durian kampung hasil dari tanahnya dengan RM500 sebiji. Nak tahu kenapa harga buah tu mahal sangat? Korang tengok lah video yang dikongsi di group Facebook Berkebun D Rumah kat bawah ni
JOM LIHAT VIDEO
Patutlah mahal sangat
Sebenarnya bukan saja-saja nak letak harga RM500 untuk sebiji durian tu. Kalau durian yang premium kita faham lah ratus-ratus, tapi ni durian kampung kan. Rupanya durian bertuah tu jatuh atas kereta sampai pecah cermin. Nak buat modal repair lah tu sampai RM500 nak jual.
Itulah, nasib baik cermin kereta yang bocor. Kalau kena kepala alamatnya ke hospital lah. Dah lah tajam, berat pulak tu. Jatuh dari pokok tinggi, impak dia memang dahsyat lah kan.
Geram sangat tu sampai tebang pokok. Entah berapa tahun lagi pokok tu nak balas d3ndam jatuh atas kereta lain pulak. Aduh idea lawak-lawak macam ni buat min terhibur lah.
Ini lagi dahsyat, sampai kena bahu. Tak boleh bayang macam mana rasa sakit tu. Setakat ni minta k pernah kena hempap dengan durian lagi. Kalau boleh tak nak ada pengalaman macam tu dalam hidup.
DURIAN RUNTUH RM500‼️ NI BUKAN DURIAN RUNTUH JE, TERLEBIH RUNTUH DAH NI?
“Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya.
Saya jawab yang saya dah makan dan tanya Tuan daripada mana? Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak, Rupa-rupanya YB Datuk Sri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia.
Beliau minta no akaun dan sumbang untuk menampung kos. Rezeki saya hari ini ?”.
Sumber : Wan Mahusin Wan Zain / LobakMerah / jalankami