Ibadah Info

Untuk esok ya”Panduan s0lat sunat hari raya Qurban”

Esok merupakan 10 Zulhijjah di mana umat IsIam akan merayakan Aidiladha atau Hari Raya korban. Justeru, umat Is!am sangat digalakkan (sunat muakkad) untuk mengerjakan s0lat sunat Aidiladha, iaitu antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah sehingga tergelincirnya matahari.

Menurut Jabatan Agama Is!am Wilayah Persekutuan – JAWI, secara umumnya, solat sunat hari raya Aidiladha mempunyai rukun yang sama seperti s0lat fardhu, kecuali perkara sunat iaitu takbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua, disertai tasbih antara setiap takbir.

S0lat adalah tetap sah jika seseorang terlupa melafazkan takbir yang disunatkan semasa s0lat hari raya.

Tatacara s0lat sunat Aidiladha adalah seperti berikut.

Rakaat pertama

  1. Takbiratul Ihram berserta niat
  2. Doa iftitah
  3. Takbir sebanyak 7 kali diselangi dengan lafas tasbih
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Menyempurnakan rukun s0lat seperti biasa (rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan berdiri untuk rakaat kedua)

Rakaat kedua

  1. Takbir sebanyak 5 kali diselangi lafas tasbih
  2. Membaca surah al-Fatihah
  3. Menyempurnakan rukun s0lat seperti biasa

Anda boleh rujuk PDF ini atau gambar di bawah untuk panduan penuh solat sunat Aidiladha.

Anda juga boleh merujuk teks khutbah Aidiladha di sini.

Sumber : Jabatan Agama IsIam Wilayah Persekutuan / JAWI / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *