Hiburan Info

(Video) “Tiba-tiba Panjat Dinding”angkara buatan orang

Ibu mana yang sanggup melihat anak-anak sengsara, lebih-lebih lagi kena buatan orang. Walaupun dah masuk tahun 2021, namun masih ada individu tak bertanggungjawab lakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

Cukuplah mama dah kehilangan Along…aku boleh jadi gila tengok keadaan anak-anak tapi tetap redha dgn ujian-Mu

Sejak beberapa hari lalu, wanita dikenali sebagai Puan Rozita ini berkongsi luahan pilu tentang 2 orang anaknya. Azri Daniel atau Acik menderita masalah buah pinggang kronik walaupun di umur belasan tahun. Manakala Aliya Mysara atau Adik pula tiba-tiba berkelakuan pelik di rumah dan pernah keluar rambut daripada mulutnya. Meskipun musibah tak terkawal ini membuatnya ‘naik gila’, namun dia tetap ikhtiar sehabis mungkin sebagai seorang ibu.

Apa salah mama sampai anak yang baik jadi macam ni…pada yang lakukan perkara syirik ini, akan dapat balasan

Selain mempersoalkan mengapa anak-anaknya terpaksa hidup menderita sedemikian, Puan Rozita juga berharap sang pelaku dapat balasan setimpal suatu hari nanti. Dalam pada itu, dia turut mengharapkan doa daripada orang ramai agar diselamatkan daripada ujian tersebut.

Sanggup buat orang sampai jadi macam tu…tak ada rasa belas kasihan ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkilan dengan pihak yang sanggup melakukannya. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing tatkala berdepan ujian serupa keluarga tersebut.

Sumber : kisahdunia / trendinggler

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published.