Info

“pilu” Sebab boyfren,Anak yang diamanahkan bukan ditatang sebaliknye didera

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai mendera dan mengabaikan penjagaan dua kanak-kanak perempuan yang juga anak kandung wanita terbabit, hari ini.

Polis turut menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga penjaga kanak-kanak terbabit untuk membantu siasatan.

Difahamkan, dua kanak-kanak berusia dua tahun dan tiga tahun itu ditemui dan diselamatkan oleh seorang lelaki tempatan yang juga seorang aktivis kemasyarakatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata lelaki terbabit menerima panggilan telefon daripada seorang wanita tidak dikenali mengenai dua kanak-kanak terbabit, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Wanita itu memberitahu terdapat dua kanak-kanak perempuan sedang bermain tanpa pengawasan di Jalan Samudera Utara 1, Taman Samudera, Batu Cave, di sini.

“Lelaki itu kemudian pergi ke kawasan terbabit dan menjumpai dua kanak-kanak perempuan dalam keadaan tidak terurus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, lagi, pemeriksaan fizikal mendapati terdapat beberapa kesan calar dan lebam di bahagian kedua-dua belah tangan, kaki, pipi dan dagu dua kanak-kanak terbabit dan mereka kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

“Siasatan mendapati dua kanak-kanak berkenaan tinggal bersama ibu kandung dan teman lelaki ibunya di sebuah rumah sewa di sebuah flat di Taman Samudera.

“Susulan itu, tangkapan dibuat ke atas wanita itu serta teman lelakinya, kedua-duanya berusia 22 tahun serta seorang lagi lelaki iaitu penjaga mangsa berusia 35 tahun, kira-kira jam 9.30 malam tadi di sekitar Taman Samudera,” katanya.

Zainal Mohamed berkata, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan d4dah.

Beliau berkata, semua suspek akan di bawa ke Mahkamah Selayang bagi permohonan tahanan reman, esok dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak – Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan maksimum sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Sumber : BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published.