Dunia Info

(video) GiIa terjun sungai penuh bu.aya tu

Gara-gara ‘bosan’ tersekat dalam kesesakan lalu lintas, seorang lelaki berusia 26 tahun mengambil keputusan melompat ke dalam sungai yang jaraknya 100 kaki dari jambatan sebelum ditahan oleh pihak berkuasa.

Memetik laporan Metro UK, lelaki yang dikenali sebagai Jimmy Jennings dari Louisiana itu terpaksa diselamatkan setelah dia hampir lemas berenang melawan arus ketika terjun ke ke dalam Sungai Atchafalaya yang dipercayai dipenuhi buaya.

Aksi yang menunjukkan Jimmy belari bersebelahan dengan kereta sebelum melompat dari penghalang jambatan dan jatuh ke dalam air yang keruh, berjaya dirakam sebelum dimuatnaik ke laman Facbeook.

Gambar: Facebook via Metro UK
Gambar: Facebook via Metro UK

Jimmy memberitahu bahawa ketika itu dia merasa bosan menunggu dalam kesesakan lalu lintas berdekatan Lafayette. Pihak berkuasa terpaksa menahan Jimmy kerana keputusan yang dibuat olehnya itu boleh mengundang m4ut.

Bercakap kepada Daily News, Jimmy mengatakan dia merasa bertuah kerana masih hidup setelah bergelut untuk berenang di sungai dengan arus yang kuat.

‘Ketika saya jatuh, saya hampir lema$ beberapa kali, saya benar-benar menganggap bahawa ini adalah peng4khiran hidup saya dan saya meminta pengampunan kepada Tuhan,” kata Jimmy.

Jimmy juga menjelaskan bahawa dia dan rakannya telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih dari dua jam disebabkan berlakunya kem4langan kereta di hadapan.

Gambar: Facebook via Metro UK

Dia mengatakan bahawa tujuan asalnya adalah untuk melompat ke Sungai Atchafalaya dan kemudian berenang kembali ke pantai dan melompat kembali ke kereta rakannya.

”Kami bosan di dalam trak. Saya melihat ke dalam sungai, rasanya tidak terlalu jauh. Sebaik sahaja terjun, saya seperti ya Tuhan, ini adalah idea paling b0doh,” kata Jimmy.

Setelah menyedari dia tidak dapat berenang ke tepi sungai, Jimmy terpaksa menunggu di dalam air selama tiga jam sementara kru penyelamat berusaha menyelamatkannya.

”Setelah saya berada di dalam air, mulut saya terbuka dan lengan kiri saya sakit. Saya cuba berenang ke pantai, tetapi arus terlalu kuat.

”Saya sangat letih berenang selama satu setengah jam. Lengan kiri saya sakit. Saya berpusing ke belakang dan akan menolak dengan tangan kanan dan kaki saya setiap kali saya berada di bawah. Saya berdoa sepanjang masa,” kata Jimmy.

Akhirnya, Jimmy mengatakan bahawa dia dapat berenang melawan arus dan merangkak kembali ke sebuah pantai di sebuah pulau kecil sebelum diselamatkan dan ditahan oleh pihak berkuasa.

Menurut Khory Vaughan, rakan kepada Jimmy, mereka sudah biasa dengan air dan juga kawasan itu, tetapi dia merasakan Jimmy tidak bersedia untuk apa yang bakal berlaku.

 

 

Sumber : Metro UK / Abc13 / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *