Semasa

“Sekelip Mata” Hilang Hart4 Bend4 Dun!a

Seramai 12 sekeluarga bukan sekadar hil4ng tempat tinggal, bahkan dua buah kereta dan tiga motosikal milik mereka turut musn4h dalam kejadian keb4karan di Kampung Parit Pulai, Yong Peng pada petang Sabtu.

Lebih memilukan, salah seorang m4ngsa iaitu Mislan Osmin, 49, melecur di bahagian kaki ketika cuba menyel4matkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Othman Mohd Baher berkata, pihaknya menerima panggilan kec3masan pada jam 3.02 petang, sebelum 25 anggota dari BBP Yong Peng dan Penggaram dikejarkan ke lokasi kejadi4n.

“Setibanya di lokasi, kita dapati sebuah rumah sedang marak terbak4r manakala dua kereta dan tiga motosikal turut terbakar, namun salah sebuah motosikal berjaya diselamatkan.

“Kita difahamkan semasa kejadi4n, pemilik rumah dan 11 ahli keluarganya yang lain berada di ruang tengah dan dapur, namun mereka menyedari berlaku kebakaran di bahagian ruang tamu.

Salah sebuah kereta yang turut terbakar dalam kejadian kebakaran di Kampung Parit Pulai dekat Yong Peng, Batu Pahat pada petang Sabtu.

Salah sebuah kereta yang turut terbakar dalam kejadian kebakaran di Kampung Parit Pulai dekat Yong Peng, Batu Pahat pada petang Sabtu.

“Pemilik rumah iaitu Mislan telah mengarahkan ahli keluarganya untuk keluar, namun dia mengalami kecederaan melecur di bahagian kaki kanan ketika cuba menyelamatkan diri,” katanya.

Jelas Othman, bomba memadamkan kebakaran menggunakan sumber air daripada jentera dan sumber air terbuka bagi memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun katanya, kediaman itu terbakar 90 peratus dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa yang cedera juga diberikan rawatan awal oleh pihak bomba, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.07 petang.

Sumber : sinarharian

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *