Semasa

Yak yak yeahh kalau betul boleh..mesti korang tak sabar kan

Kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntik4n v4ksin C0vid-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Neg4ra minggu depan.

Perdana Ment3ri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos v4ksin mereka.

“Dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka,” katanya setelah melakukan lawatan ke syarikat farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas da3rah.

Menurutnya, langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ek0nomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.

“Kita telah tubuh ‘task force‘ antaranya bagi meningkatkan jumlah vaksin4si di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Proses pemberian vaksin harus dipercepatkan untuk membentuk imuniti kelompok.

“Buat masa sekarang ada tiga juta bekalan v4ksin untuk warga kawasan ini bagi memastikan penurunan dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang, supaya kawasan ini boleh masuk ke Fasa Dua PPN dalam masa terdekat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya orang ramai terus diingat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam yang ditetapkan bagi memastikan wabak C0vid-19 terus terkawal.

Sumber : hmetro

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *