Info Semasa

Dengan Hanya Satu “Sengatan”, Boleh Membawa Mavt

Dungun: Seorang murid tahun lima maut disengat tebuan dalam kejadian di rumahnya di Kampung Minda, di sini, 2 petang semalam.

Mangsa, Mohammad Rayyan Fitri Mohd Nazuki disahkan maut ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Bukit Besi pada 2.30 petang semalam.

Sebelum kejadi4n, mangs4 bersama kakaknya, Khalis Najwa, 13, berada di dalam sebuah bilik dan sedang bermain telef0n bimbit.

Kakak m4ngsa dikatakan melihat seekor tebu4n memasuki bilik mereka sebelum hinggap di atas tangan kanan adiknya itu.

Mangs4 yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan menjerit sebaik disengat tebuan terb4bit sebelum dibawa bapanya ke Klinik Kesihatan Bukit Besi.

Sementara itu, bapa m4ngsa Mohd Nazuki Mat Jusof, 42, berkata, sebaik pulang ke rumah dari mengerjakan solat Jum4at, anak perempuannya itu memaklumkan adiknya disengat tebuan.

“Ketika kejadi4n, isteri saya, Wan Suraya Wan Sudin, 40, berniaga di kedai runcit sebelah rumah dan sebaik sampai ke rumah, saya dapati arwah (mangsa) keluar dari bilik menuju ke bilik mandi dan dia sempat memberitahu dia sakit dan seluruh badannya terasa panas.

“Saya mengiringinya dan sebaik sampai di bilik air, dia rebah sebelum saya sempat menyambutnya dan ketika itu, dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, malam ini.

Menurutnya, dia yang dalam keadaan panik segera mengejarkan anaknya itu ke klinik kesihatan berhampiran dan setengah jam selepas itu dimaklumkan anaknya itu gagal diselamatkan.

Katanya, dia tidak tahu bagaimana tebuan itu masuk ke dalam bilik sedangkan bilik anaknya tidak mempunyai tingkap dan sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian tebuan masuk ke rumah.

“Dalam kejadian tahun lalu, anak bongsu saya, Darwisy Ihsan, 7, turut disengat tiga tebuan ketika bermain berhampiran rumah.

“Apapun saya redh4 dengan apa yang berlaku dan saya sangat terkejut kerana dengan hanya satu sengatan, Rayyan boleh meninggaI duni4.

“Dia (arwah) tidak menunjukkan perbuatan pelik, sebaliknya dua tiga hari ini dia sangat patuh dengan arahan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Siasatan lanjut berhubung dengan kejadian ini masih dijalankan, “katanya.

Sumber : Harian Metro

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *