Info Semasa

[sebak]Adik Kecil Temani Ibu Hingga Akhir Hayat

Menemani ibu sehingga akhir nyawa. Begitulah kasih sayang ditunjukkan anak kecil terhadap ibunya yang menderita sakit sebelum meningg4l dunia di rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, di sini, semalam.

Lebih meny4yat hati, kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu cuba membantu meringankan kesakitan dialami ibu sepanjang malam sebelum wanita itu ‘tidur’ buat selama-lamanya.

Kisah sedih itu dikongsi Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) Muhammad Rafieudin Zainal Rasid yang menguruskan jenazah wanita berusia 42 tahun terbabit.

Menurutnya, ibu kepada tujuh anak itu tinggal di dalam rumah agak daif dan serba kekurangan bersama tiga anak berusia lapan, 16 dan 20 tahun manakala anak lain tinggal bersama bekas suami di Klang, Selangor.

Katanya, dia menerima panggilan daripada salah seorang anak meminta bantuan SPJM untuk membantu menguruskan jen4zah ibu yang meningg4l dunia akibat k4nser hati.

Dia bersama enam rakan SPJM ke rumah arwah untuk menguruskan jenazah pada 3 petang semalam.

“Saya menemui anak bongsu arwah yang petah menceritakan kejadian malam itu (Khamis). Dia memberitahu menjaga ibunya yang sakit. Ibu menjerit sakit pada jam 3 pagi lalu mengurut tangan dan dada ibunya.

“Kakak berusia 16 tahun yang tidur di bilik berasingan turut mendengar jeritan ibu namun melihat adik sudah menemani ibu, dia masuk semula ke biliknya.

“Selepas itu, ibunya secara tiba-tiba muntah darah sebelum tidur. Melihat ibunya yang tidur, dia juga tidur bersama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Rafieudin berkata, anak kecil itu tidak mengerti bahawa tidur ibunya itu adalah ‘tidur’ yang selama-lamanya.

Dia berkata, mendengar tangisan teresak-esak kanak-kanak itu membuatkan air matanya turut mengalir lalu memeluk dan cuba menenangkan anak itu.Katanya, jenazah arwah dimandi dan dikafankan di dalam rumah yang terletak di tingkat 17 flat PPR itu disebabkan oleh keadaan pand3mik ketika ini yang membataskan pergerakan di luar.

“Dua jiran arwah membantu menguruskan jen4zah. Jiran arwah sangat baik, mereka antara yang sering membantu menghulurkan bantuan keperluan asas buat arwah dan anak-anaknya.

“Bekas suami juga turut sama membantu sehingga selesai urusan akhir. Selepas selesai menyempurnakan jasad arwah, kami beri peluang kepada anak arwah menatap wajah ibunya dan mencium buat kali terakhir.

“Anak kecil itu menangisi pemergian ibunya. Dia peluk ibunya sedang di tangan masih ada mainan kecil mungkin sekadar untuk mententeramkan diri sendiri,” katanya.

Katanya, jen4zah wanita terbabit selamat dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada 5.30 petang semalam.

Sumber : Harian Metro

Dah baca jangan lupa like, komen dan share ya.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *