Semasa

Tiga Beranak Huni Rumah “Syurg4” Untvk Berteduh

Marang: Melihat keadaan sebuah rumah usang hampir runtuh dan tanpa bekalan elektrik dan air, tiada siapa yang menyangka ia menjadi ‘syurga’ untuk berteduh buat tiga beranak.

Rumah pusaka dengan sebahagian lantai hampir reput itu kini didiami Suhaimi Muhammad, 41, bersama dua anaknya, Mohammad Sirhan Zakwan, 10 dan Mohammad Siraj Zulfar, 8, sejak Mei lalu.

Suhami mendakwa ditinggalkan bersama dua anaknya selepas isterinya melarikan diri ketika bekerja sebagai buruh di Pasir Gudang, Johor Baharu sejak lima tahun lalu.

Katanya, dia terpaksa pulang ke kampung dan menyewa sebuah rumah untuk meneruskan kehidupan bersama dua anaknya.

“Disebabkan tidak mampu membayar sewa rumah selepas tidak dapat bekerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sejak Mac lalu, saya mengambil keputusan tinggal di rumah arwah datuk mulai Mei lalu.

“Walaupun mempunyai tanah sendiri, tetapi saya tidak mampu membina rumah sendiri berikutan faktor kewangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Terik, di sini, hari ini.

Menurutnya, ketika hujan lebat, dia dan anak-anak akan berpindah ke kawasan yang tidak bocor, selain memeluk mereka jika angin kencang serta ribut.

“Walaupun lantai reput, dinding dimakan anai-anai dan berlubang, bumbung pula banyak bocor, saya tidak mampu untuk baiki kerana tiada sumber kewangan, bantuan makanan pun pihak sekolah bantu,” katanya.

Suhaimi mengakui terpaksa mandi, mencuci pakaian dan mendapatkan bekalan air untuk minum serta memasak daripada alur di kaki bukit yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya, manakala pada sebelah malam rumahnya hanya diterangi cahaya bulan dan lilin.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya bersedia menanggung kos sewa rumah selama enam bulan untuk Suhaimi dan dua anaknya.

Selain itu, katanya, pihaknya juga bersetuju menanggung kos bayaran upah kepada tukang rumah untuk menyiapkan kediaman Suhaimi.

“Siasatan awal mendapati kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan untuk pembinaan kediaman Suhaimi di atas tanah miliknya.

“Bagaimanapun, kita bersetuju menanggung kos upah tukang rumah agar Suhaimi dan dua anaknya dapat berpindah segera kediaman baharunya,” katanya.

Razali turut menyampaikan bantuan tablet bagi memudahkan dua anak Suhaimi mengikuti pengajian melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sumber : Harian Metro

Dah baca jangan lupa like, komen dan share ya.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *