Info

Dulu org ckp harga kereta makin lama makin jatuh,lain pula kali ni

Masih ingatkah anda kepada Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur yang pernah kami siarkan minggu lalu?

Berdasarkan lelongan di Yahoo Auction yang berakhir baru-baru ini, unit berwarna putih itu berjaya dijual pada harga 60,500,001  yen, atau RM2.3 juta mengikut kadar pertukaran matawang semasa.

Ia sekaligus mencatatkan nilai tertinggi yang pernah direkodkan untuk sebuah Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur.

 

Apa yang membuatkan nilai jualan semula Nissan Skyline GT-R R34 ini melonjak naik adalah disebabkan ia tidak pernah sekali-kali didaftarkan untuk kegunaan jalan raya, malah jarak perbatuan hanyalah sekitar 10 km sahaja, menjadikan ia salah satu kenderaan yang masih lagi ‘dara’.

Sebagai sebuah model V-Spec II Nur, jentera R34 ini merupakan salah satu daripada 718 unit yang pernah dihasilkan, dan satu daripada 159 unit yang dicat warna putih sebelum produksi Skyline GT-R dihentikan.

 

V-Spec II Nur membawa maksud ia dihasilkan bersempena dengan Litar Neraka Hijau Nurburgring dan  bermakna jentera putih ini didatangkan dengan enjin perlumbaan RB26DETT yang telah menerima beberapa penambahbaikan seperti aci engkol yang lebih seimbang, saluran air dan udara yang lebih baik, omboh yang dinaiktaraf, unit pengecas turbo baharu dan aci sesondol yang dinaiktaraf.

Trend peningkatan harga jualan untuk kereta-kereta sports lagenda ini nampaknya semakin menjalar di serata dunia, dan tidak diketahui sejauh mana harga tersebut akan terus melonjak naik.

Pastikan lepas beli nnti penghantaran pakai towing ye.. jangan lah gatal nak suruh orang tengah yang drive hantar kerumah. Ambil ikhtibar GTR biru yang kemalangan tempoh hari

Sumber : careta my / Yahoo Auction

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *