Info Semasa

Adakala kita diuji Sampai macam tu sekali.demi anak sanggup…

Ramai yang terkesan dek kerana p4ndemik ini. Daripada kanak-kanak tadika, murid sekolah rendah, golongan dewasa hinggalah warga emas, semuanya menghadapi tekanan tersendiri.

Apatah lagi bagi seorang ketua keluarga yang perlu menyara tanggungan tatkala dirinya hilang punca pendapatan. Selagi ada daya, dikerah kudrat untuk mencari rezeki buat insan-insan tersayang di rumah.

Bahkan, mungkin ada yang terpaksa menggunakan wang tabungan syiling sepertimana kisah yang dikongsikan seorang pemuda sebentar tadi.

Kongsi saudara Kamarul Azizi, dia telah menyaksikan detik meruntun hati apabila melihat seorang bapa mengira wang syiling di kaunter bagi membayar susu untuk anaknya.

Katanya, tindakan lelaki itu telah menyebabkan para pelanggan berbilang bangsa tampil menawarkan diri untuk membayar pembeliannya. Namun, tawaran itu telah ditolak sebelum lelaki tersebut bergegas pulang dengan mata yang berkaca.

Ikuti kisah meruntun hati tersebut yang dinukilkan semula oleh saudara Kamarul di bawah.

Beratur nak bayar barang kat satu kedai runcit. Depan aku ada brader nie tengah bayar sekotak susu formula sama dengan brand anak aku kat kaunter berharga rm23 dan telur 10 biji berharga rm7.

Apa yang tersentuh hati aku, brader nie bayar duit pakai duit syiling!! Berdesing bila duit syiling tue jatuh selambak kat meja kaunter. Termenung dan terdiam sekejap budak cashier tue dengan kawan dia kira dan asingkan duit syiling seringgit-seringgit.

Aku dan pelanggan lain kat belakang yang tengah beratur (ada Cina, India dan Bangladesh) pon turut terkesima dan pastinya semua sayu tengok kejadian nie depan mata.

Budak cashier tue terus kira dan rasanya baru sampai RM10 dan dia terus cakap duitnya dah cukup dan bungkus cepat-cepat susu formula tadi. Aku nampak mata dia dan kawannya mula berkaca.

Aku tahu bukan budak cashier ni malas kira tapi dalam fikiran dan perasan budak cashier tu sedang sedih dan andai kata duit syiling brader tu kurang pasti dia akan gantikan.

Tak semena-mena aku tegur brader tu.

“Bang, takpa bang biar saya bayarkan.”

Brader tue menoleh dengan berat kat muka aku dan jawab,

“Tak apa bang, saya ‘saja’ jer nak pakai duit tabung saya.. hehehe,” dengan muka senyum 1001 penipuan.

Tiba-tiba uncle Cina belakang aku sahut “Takpa, apa barang u ambil sini, kasi cukup barang rumah nanti saya bayar.”

Dan tetiba Bangladesh kat belakang auntie India bergerak ke depan letak beras 5 kilo yang dia nak beli kat cashier sambil pegang bahu dan gelengkan kepala untuk signal yang dia sedekahkan beras tu kat brader tadi.. (mungkin dia tak pandai cakap tapi dia faham situasi tadi).

Brader tadi serba salah dan terkedu dan matanya mula berkaca.. tapi last-last ayat dia yang keluar

“Takpa bang…takpa,” terus sambar barang dia dan keluar dengan laju menuju ke motornya.

Kitorang jerit panggil dia buat tak dengar. Start motor terus jalan.

Cashier ambil duit dia yang tak habis kira tue masuk dalam bekas bawah meja dan kawan dia dah basah pipi dah.

Lelaki Bangladesh tue ambil balik beras dia dengan muka sedih dan beratur balik. Uncle cina tue sembang dengan auntie India belakang dia pasal brader tadi.

Aku pulak terdiam dan terus bayar dan keluar kedai dengan bawak balik satu kejadian yang menyedihkan aku. Patutlah dia mundar mandir dalam kedai tue macam nak tunggu taiming kaunter cashier clear. Dia segan kot nak bayar pakai duit syiling.

Bro.. (andai kata ko dapat baca posting aku nie) Aku tau ko ada ego lelaki, ego seorang ketua keluarga, seorang ayah dan suami..

Aku boleh rasakan betapa beratnya perasaan seorang Ayah yang korek duit tabung dan tebalkan muka beli susu dan telur untuk keluarga..

Dengan alasan ko kata “saja nak pakai duit tabung” itu aku takleh terima bro sebab aku tahu yang duit terakhir ko adalah duit tabung. Logiknya orang korek tabung hanya bila dia dah terdes4k sangat…

Dengarlah nasihat aku bro.. saat getir ini. Tak perlu malu sekiranya ko perlukan bantuan. Dan jangan segan silu kalau ada yang sudi membantu. Sebab sebenarnya dugaan untuk ko adalah ujian untuk kami semua.

Fikirlah demi untuk keluarga dan bukan kerana mahalnya egomu. Andai ko baca posting aku nie dan masih dalam kesukaran. Jangan segan untuk naikkan bendera putih. Angkat bendera putih bukan bererti ko menyerah atau k4lah.!!

Tiada siapa anggap ko kalah saat ini sebaliknya orang yang yang berlumba-lumba nak buat pahala datang membantu. Demi survival keluarga ko dapat bertahan sampai habis darurat ini. Bila ko dah pulih nanti siapa tahu mungkin giliran ko pulak bantu orang lain. Bagilah peluang untuk orang lain bantu diri dan keluarga ko.

Aku balik rumah dan terfikir, saat Tuhan turunkan dugaan, Ia juga turunkan rahmat dan pertolongan melalui insan-insan di sekeliling kita. Dan dugaan kesusahan orang lain sebenarnya adalah ujian untuk kita.

Kejadian tadi buatkan aku nampak rakyat tolong rakyat. Tanpa ada perbezaan fahaman, bangsa Melayu India Cina dan walaupon Bangladesh sekalipun semua nak membantu tak kisah lah status ko kaya atau miskin dari dia.

Ramai yang susah sekarang nie tapi ramai juga yang membantu, sedar atau tidak amalan bersedekah semankin banyak dipraktikkan.. Teruskan rakyat Malaysia, semoga dengan amalan bersedekah ini diterima Allah dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dengan mengangkat semula Wabak ini keluar dari bumi Malaysia.. Amin…

Tambahan:-

Pada mereka yang terkesan dan memerlukan bantuan sara diri/keluarga, ada beberapa tempat korang boleh dapatkan bantuan. Yang penting jangan malu, ini bukan soal jatuh maruah atau mengalah. Tapi soal survival untuk hidup buat masa ini. Jangan stress,,Jangan mengalah, Jangan bvnuh diri.

Jiran tetangga – tengok-tengoklah jiran sebelah atau bertanya rajin bertanya khabar. Jangan biarkan jiran kita sorang² menghadapi kesusahan. Jiranlah ‘saudara’ kita yang terdekat. Apa² jadi jiranlah yang sampai dulu.

IPD p0lis – PDRM telah melaksanakan #OPBANTU bagi mengagihkan bantuan Bakul Makanan untuk penduduk di sekitar wilayahnya. Boleh hadir ke IPD berdekatan atau hubungi IPD atau balik polis yang berdekatan

NGO dan Persendirian – nak sebut NGO nie banyak, masing² ‘berlumba²’ nak hulurkan bantuan. Kalau di tempat saya di Puchong nie yang saya tahu Mr.Kuan aka Uncle Kentang kerap buat bantuan.

Pejabat PARLIMEN kawasan – Kerajaan Pusat telah mengagihkan bantuan kewangan berjumlah Rm300 ribu kepada setiap ahli parlimen untuk disumbangkan pada rakyat yang terkesan di kawasan mereka melalui program bakul makanan.

Aplikasi KITA JAGA KITA – Aplikasi #kitajagakita di cipta khusus untuk rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau yang ingin menghulurkan bantuan. Aplikasi ini adalah platform terbaik pada siapa yang ada perasaan malu untuk gantung bendera putih dan ianya dapat di lihat secara terus oleh pemberi bantuan. Aplikasi ini boleh di muat turun di Play store, Apple Dan Huawei Apps Store.

Sumber : Kamarul Azizi / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *