Dunia

(VIDE0) Tular tiga beradik brwajah unik, raih 46.1 juta tont0nan. Alami ganggu4n TCS

SEMUA makhluk yang dijadikan ALLAH sempurna tanpa sedikitpun kekurangan. Disebabkan itu kita sentiasa dituntut meraikan perbezaan sesama manusia bukannya memerli dan mencela sehingga tegar mengeluarkan kata-kata negatif.

Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok mengenai adik-beradik berasal dari Asahan, Sumatera Utara, Indonesia. Difahamkan, terdapat sesetengah netizen tidak bertanggungjawab sanggup menulis komen kurang sopan berkaitan wajah mereka.

Walhal, keunikan wajah yang dimiliki Surya Manurung, 27, bersama kakak dan adiknya pada bahagian tulang pipi, kelopak mata dan telinga adalah disebabkan Sindrom Treacher Collin (TCS).

Secara ringkasnya, TCS terjadi disebabkan gangguan genetik yang mempengaruhi perkembangan tulang dan jaringan lain pada wajah. Lazimnya, bayi dilahirkan dengan cacat pada telinga, kelopak mata, tulang pipi ataupun tulang rahang.

Pun begitu, perbezaan yang dimiliki sedikitpun tidak menghalang mereka untuk menjalani kehidupan seperti individu lain.

Bahkan, video yang dimuat naik di TikTok menjadikan anak kepada pasangan Syarifuddin Manurung dan Alm Suryani itu viral hingga mencecah 46.1 juta jumlah tontonan.

“Kami mendapat respon yang cukup baik dalam kalangan rakan-rakan. Mereka juga menyokong dan bangga,” kata Surya.

Beliau juga berhasrat untuk memiliki saluran YouTube sendiri pada masa akan datang bagi membantu meningkatkan pendapatan dan menampung kos sara hidup keluarga.

Selain itu, beliau yang mempunyai 443 ribu pengikut dan  6.7 juta likes di laman sosial TikTok @suryamanurun9 juga bercadang untuk menghasilkan kandungan video yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pada masa ini, Surya bekerja sebagai buruh binaan manakala kakak dan adiknya menjual snek kacang milik bapa mereka.

Meskipun berbeza dengan orang lain, tiga beradik terbabit dikenali sebagai orang baik dalam kalangan penduduk setempat.

“Surya adalah pekerja yang rajin, bertanggungjawab terhadap keluarga.

“Didikan agama mereka kuat. Begitu juga ibu bapanya, rajin menghadiri kuliah agama,” kata Ketua Alam Sekitar V, Desa Mutiara, Kabupaten Kisaran Timur, Asahan, Sumatera Utara, Surya Mawardi baru-baru ini.

Bapa Surya yang dikenali sebagai Cik Udin juga seorang aktif dalam komuniti.

“Pesan ayah, jangan merasa rendah diri dan jaga akhlak agar tetap baik di mata orang, jangan putus asa,” kongsi Surya.

Surya dan keluarganya bersyukur kerana mereka masih dikurniakan kesihatan walaupun dilahirkan berbeza dengan insan lain.

ANEKDOT Sindrom Treacher Collins (TCS)

1. Sindrom itu berlaku satu dalam 50,000 bayi kelahiran di dunia.
2. Kira-kira 60 peratus daripada angka itu mengalami TCS bukan genetik keluarga.
3. Ia berlaku kerana gangguan genetik yang mempengaruhi perkembangan tulang dan jaringan lain pada wajah.
4. Gangguan genetik yang berlaku dikaitkan dengan perubahan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia.
5. Lazimnya, bayi TCS mengalami kelainan pada bahagian telinga, kelopak mata, tulang pipi atau tulang rahang.

Sumber : detiknews / sumut suara / sinarplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *