Info Semasa

MAIWP agih bantuan melalui zakat.Tahniah dah buat benda betul.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,350 lagi pek makanan diagihkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada mereka yang terjejas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Wilayah Persekutuan melalui program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0.

Unit Komunikasi Korporat MAIWP dalam satu kenyataan memaklumkan, keperluan asas itu diagihkan menerusi dana zakat wakalah PPZ-MAIWP bernilai RM150 setiap satu.

Katanya, penyerahan sumbangan disampaikan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar kepada wakil ketua penduduk yang hadir bagi dua kawasan PKPD di Lembah Pantai dan Taman Ikan Emas.

“Program sumbangan siri ke-3 MAIWP ini turut mendapat perhatian daripada Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang juga penyumbang dana wakalah ini.

“Turut menyampaikan sumbangan wakalah ialah wakil dari Richworks International Sdn Bhd (Richwork) Suley Nordyana Yahya, dengan menyumbang sebanyak 400 set barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak dan gula,” katanya.

Turut hadir dalam penyerahan sumbangan hari ini, Pengarah JAWI merangkap setiausaha MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Dalam pada itu katanya, bagi orang ramai yang melihat atau terjumpa orang susah di Wilayah Persekutuan diminta melaporkan mereka kepada MAIWP.

“Laporan boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar Mobil Jejak Asnaf (MoJA) bagi memudahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal- MAIWP turun padang membantu mereka.

“Sementara bagi mereka yang layak menunaikan zakat disaran menunaikan tanggungjawab itu di www.zakat.com.my atau menerusi aplikasi MyZakat bagi membantu lebih ramai yang memerlukan ketika pandemik ini,” katanya.

Sumber : bharian com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *